Baru baru ini Joachim Low disahkan tidak akan menyambung kontraknya. Dan beliau akan berundur setelah Euro akan datang.

Lalu terdapat beberapa calon utama dikaitkan dengan jawatan pengurus Jerman. Dua nama utama ialah Hansi Flick dan juga Jurgen Klopp.

Jerman ada senarai panjang pengurus. Thomas Tuchel dan Marco Rose baru sahaja menerima jawatan baharu, jika tidak mereka pun dalam senarai. Begitu juga dengan Julian Nagelsmann yang berada dalam senarai panjang.

Klopp dan Flick memiliki corak taktikal yang sesuai dengan DNA pasukan Jerman.

“Portugal ada Ronaldo, Brazil ada Neymar, Argentina ada Messi, namun Jerman ada satu pasukan.”

Itulah tweet yang tular satu ketika dahulu selepas Jerman membelasah Brazil 7-1 di hadapan penyokong Brazil sendiri pada Piala Dunia 2014.

Malah selepas mereka menjulang Piala Dunia, tidak ada seorang pun nama pemain yang benar benar mendpat kredit sebagai bintang utama. Mereka adalah setara termasuk Ozil, Neuer, Gotze, Schweinsteiger, dan ramai lagi.

Ketika bertandang ke Piala Dunia 2014, Jerman memiliki penjaga gol terbaik dunia. Dan mereka 8 pemain mereka beraksi dalam final UCL.

DNA Jerman

Untuk menjadi pemain kebangsaan pasukan Jerman, seseorang harus sesuai dengan DNA ataupun boleh bekerja dalam DNA pasukan Jerman.

Jika anda penjaga gol, anda perlu ball playing keeper. Ini termasuk jurulatih, perlu ada kefahaman luas tentang pengurusan taktikal berasakan binaan dari belakang dan juga serangan secara unit.

Kunci utama adalah membentuk satu pasukan yang terjalin secara kuat dan bukannya bergantung kepada keupayaan 2-3 pemain individu. Semuanya dibina dari peringkat asas termasuk di akademi kelab serta pusat pembangunan pemain.

Di kelab, para pemain yang dipilih adalah berdasarkan sistem yang dikehendaki oleh DNA pasukan kebangsaan. Ini termasuk pemain simpanan dan pemain pilihan ketiga.

DNA mereka adalah dalam bahasa yang sama, gaya yang sama, aliran yang sama. Untuk mnemastikan semua pihak jelas akan DNA ini. DFB turut menjadikan Bayern Munich dan juga Borussia Dortmund sebagai pusat rujukan utama mereka pada ketika ini. Macam Barca dan Real Madrid di Sepanyol ketika negara itu menjadi juara dunia.

Dua kelab itu ketika itu dibimbing Pep Guardiola dan Jurgen Klopp. Kedua duanya berasaskan permainan bola rendah dan counter pressing. Dua pasukan yang sedang ranum itu telah menguatkan lagi DNA yang memang sudah dibina sejak dulu lagi.

Namun nadi utama adalah Juego Di Posicion di Bayern Munich. Malah pusat latihan Jerman turut menggunakan grid padang Guardiola.

rKw0UKCA-L-ix4PRKNrtJlCO-1Q3Jv2CBHN_24aL-1Y

Ini bukti mereka menerima perubahan dari semasa ke semasa untuk memperkasakan lagi DNA mereka.

200406_training_don

Die Mannschaft membangunkan satu projek yang menggabungkan 5 faktor utama

1. Kelestarian jangka panjang
2.ย  Perancangan yang jelas
3. Budaya yang inklusif untuk semua pihak
4. Kecerdasan yang kompeten
5. Keyakinan ke atas pelan dan strategi

1. Kelestarian jangka panjang

Jadi, jurulatih di kelab dan pembagunan akan membantu pemain pemain mereka untuk memahami 5 asas itu. Pemain sewal usia 10-11 tahun sudah tahu apa mereka harus lakukan sebagai pemain tengah jika mahu menjadi wakil Jerman suatu hari nanti.

Segalanya bermula pada 2004, dua tahun selepas Jerman tewas di tangan Brazil dalam final Piala Dunia. Jerman kemudian dimalukan dengan penyingkiran awal dari Euro 2004. Hanya skor 2 gol dan tak menang sebarang perlawanan.

Dua tahun selepas itu mereka mara ke final Piala Dunia namun dihampakan Brazil. Bola sepak Jerman ketika itu agak klasik. Di mana sistem mereka bergantung kepada pertahanan kental dan target man yang kuat.

Mereka pada ketika ini memikirkan asal menang, mainlah buruk mana pun. Akhirnya mereka sedar, untuk menjaga kelestarian dan kesinambungan, mereka perlu mewujudkan permainan yang lebih sistematik dan bukannya sekadar untuk menang.

Permainan yang cantik dan teratur akan membentuk pasukan yang lebih baik dengan para pemain boleh mengekspresikan diri mereka. Langkah pertama mereka adalah melantik Jurgen Klinsmann dan dibantu Joachim Low.

Kedua dua mereka mendapat jawatan itu kerana falfasah permainan mereka yang moden berasaskan kecergasan stamina dan kekuatan mental. Selain berani memberikan peluang kepada pemain muda. Ini kerana sekarang ini, Jerman mahu lebih mengutamakan skil berbanding dengan pengalaman.

Sebelum ini, pemain yang berpengalaman akan sentiasa diutamakan berbanding pemain muda. Atas sebab, mereka berpengalaman dan tahu cara bermain kejohanan besar. Ia mulai memakan diri. Apabila ramai pemain muda mereka gagal didedahkan kepada pengalaman lebih awal.

2. Perancangan yang jelas

Pada awalnya Klinsmann mendapat kecaman daripada penyokong kerana mulai menyisihkan pemain pemain veteran dengan memanggil pemain yang muda dan bertenaga.

Selepas Klinsmann angkat kaki, Joachim Low mengekalkan falsafah yang sama. Kerana mereka sudah ada DNA yang baru untuk dibangunkan. Low tidak perlu syok sendiri membuang apa yang sudah dilaksanakan atas sebab dia nak DNA dia sendiri.

low klinsmann

Low mengekalkan formula itu ketika mengambil alih Jerman pada 2006. Dan skuad pada Piala Dunia 2010 beliau adalah yang paling muda secara purata, dengan 25 tahun. Dan pada 2014 purata mereka umur adalah 26.3 tahun. Menjadikan mereka keenam paling muda ketika itu.

Enam daripada pemain kesebelasan utama Jerman ketika membelasah Brazil adalah pemain yang bermain dalam Piala Eropah B-21 pada 2019.

Klinsmann diberikan kebebasan untuk membawa masuk seberapa banyak staf dia mahu. Lalu dia membawa masuk lebih ramai pegawai yang cerdas dan bijaksana. Ini termasuk beberapa pakar psikologi dan juga pakar nutrisi.

3. Budaya yang inklusif untuk semua pihak

Oliver Bierhoff antara orang yang sangat kagum dengan keupayaan Klinsmann menyusun organisasi awal pembentukan DNA baharu mereka.

Sebagai permulaan DFB berjaya mendapatkan tajaan sehingga $42 juta untuk membina pusat peranginan sukan / sports resort di Campo Bahia Brazil. Khas untuk pasukan kebangsaan Jerman ketika persediaan untuk Piala Dunia. Kira macam kem latihan pusat kita di sini.

Di pusat itu, konsepnya adalah tenang dan bola sepak. Pemain akan berehat dengan nyaman selepas berlatih. Dilengkapi padang saiz standard. Di sekelilingnya ada villa penginapan para pemain.

Ini semua diwujudkan kerana DFB mahu para pemain santai dan tidak stress. Ketika berkunjung ke Piala Dunia Brazil, mereka membawa 23 tan barang sendiri termasuk basikal, meja billiards, meja pingpong dan papan dart.

Menurut Benedikt Howedes, ramai pengurusan hanya menekankan tugasan kebangsaan dan bola sepak. Tanpa sedar, aktiviti seperti pingpong itu dapat mengeratkan lagi semangat kesukanan.

Howedes berkata, pusat peranginan khas ini antara faktor penting kepada aksi mereka di atas padang. Para pemain ditemani oleh keluarga mereka. Malah ketika ke Brazil untuk aksi Piala Dunia, DFB membenarkan para pemain membawa keluarga ataupun teman, dan semua kos dibiayai DFB.

53a31756ecad04254f25a670

Pemandu bas dan staf pengangkutan pun mereka bawa sekali. Ini untuk memastikan mereka benar benar satu pasukan yang sama.

Pemandu bas ini sudah pastinya tidak akan memandu di Brazil. Namun mereka akan menjadi staf yang membantu dalam mengangkat barang. DFB mahu mereka berada sebagai salah seorang daripada staf di bilik persalinan.

Malah dalam pasukan Jerman itu sendiri ketika itu terdiri daripada berbilang kaum termasuk Turki, Maghribi, dan Ghana.

Ini beberapa gambar daripada Campo Bahia

53a31757ecad04a54725a674 53a317566bb3f7263bfbfe76 53a317586bb3f7523afbfe7d 53a3175769bedd832ddfb224 53a3175769beddcd34dfb224

4. Kecerdasan yang kompeten

Bermula dari Klinsman, dan kemudian Low, Jerma menukar corak pemantauan bakat / scouting mereka yang tradisional. Di mana lebih banyak aspek yang lebih kompleks dimasukkan dalam butiran yang dipantau.

Pada 2005, Klinsmann melantik Urs Siegenthaler sebagai ketua scouting.

article-2688120-1F8D3D5400000578-765_634x442

Dia merekod dan menggabungkan butiran lengkap dan analisis untuk pasukan lawan sebagai persediaan sebelum perlawanan. Siegenthaler dibantu Christopher Clemens.

Clemens antara pegawai yang paling hebat dalam pemantauan ini. Dia pergi ke banyak stadium. Menyediakan laporan tentang lawan.

Sekarang ini, ramai mulai nampak tugasan sebenar petugas scouting dalam pasukan kebangsaan. Yang bukan hanya memantau pemain tetapi lawan mereka. Sebelum ini jabatan ini dikatakan hanya sekadar asal ada sahaja.

Di bawah Siegenthaler dan Clemens merekan dibantu 40 pelajar Universiti yang belajar di Sports University of Cologne. Mereka adalah pelajar yang mahir mahir dalam bidang statistik, artikel, analisis video serta banyak lagi. Mereka akan menyediakan perkara yang berkaitan dengan taktikal lawan, secara video mahupun secara gambar.

Jerman akhirnya menjadi negara yang memiliki pengurusan bola sepak yang sangat sistematik

5. Keyakinan ke atas pelan dan strategi

Ini adalah tanggungjawab bersama. Kesemua perancangan yang mereka sudah sediakan harus diyakini semua pihak. Jika mereka kalah, para pemain tidak boleh menyalahkan jurulatih, kerana mereka perlu berpegang kepada keyakinan sebagai satu pasukan.

Salah satu daripada perkara yang disiapkan Siegenthaler sebelum berlepas ke Brazil adalah keadaan cuaca dan pola perubahannya di setiap venue mereka bertanding.

Dengan cuaca di Brazil yang panas, agak mustahil mereka bermain dengan sistem biasa mereka dengan mengerahkan dua bek sisi memecut kerap. Oleh itu Low membuat keputusan yang kurang disenangi pada awalnya, dengan menolak salah seorang bek sisi terbaik dunia ketika itu, Phillip Lahm ke posisi tengah.

Dan di peringkat 16 akhir, Low menurunkan Lahm kembali ke bek kanan – menentang Perancis.

Low berkata, dia bukanlah orang yang immune kepada nasihat. Selepas mendengar cadangan daripada pegawainya, maka dia mengubah semula posisi Lahm, kerana ketika itu, mereka ramai pilihan di tengah, dan mereka lebih memerlukan Lahm di sideback.

Rumusan

Walaupun Jerman beraksi teruk dalam Piala Dunia 2018 yang lalu, namun DNA yang mereka bentuk sejak 2004 dan kemudian diperkasakan lagi pada era Guardiola di Bayern Munich, dan Klopp di Dortmund – ianya telah membantu mereka menjadi juara dunia.

Sehingga kini mereka masih ada sistem permainan yang jelas. Di mana penjaga gol menjadi asas binaan serangan dari bawah. Ball playing keeper seperti Neuer, Ter Stegen malah Bernd Leno antara contoh bagaimana mereka ada set penjaga gol sesuai dengan DNA mereka.

Di pertahanan, mereka ada tipikal modern libeiro ala Bonucci di Juventus. Jerman ada Mats Hummels dan Jerome Boateng yang sangat bagus dalam hantaran dari belakang.

Posisi no.10 ketika itu dimainkan Ozil yang kreatif. Pemain pemain ini menjadi tulang belakang / backbone kepada sistem mereka.

Gaya permainan mereka berteraskan Juego di posicion. Bermain dengan banyak gerakan dan pertukaran hantaran. Berani menyerang dan kemudian bertahan dengan counterpressing / gegenpressing.

Nampak komunikasi dari semua pihak, termasuk antara kem kebangsaan dengan kelab. Seterusnya pasukan senior dan junior mereka bermain DNA yang sama.

DNA ini masih dipegang sehingga kini. Tak hairan mereka mahukan Hansi Flick yang sebelum ini pernah menjadi pembantu kepada Joachim Low.

Baca juga perkembangan lain

Depay Mahu Layanan Adil Dari Kerajaan Perancis, Minta Pelepasan Untuk Sertai Skuad Belanda

Jose Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Tamatkan Musim 4 Teratas

Tuchel: Semua Pasukan Takut Nak Jumpa Chelsea Sekarang