Memphis Depay telah memuat naik status Twitter dan meminta kerajaan Perancis memberikan kebenaran kepadanya untuk menyertai skuad kebangsaan Belanda.

Skuad Perancis akan berdepan dengan Kazakhstan pada hujung bulan ini, dan pemain pemain mereka sudah diumumkan serta tidak perlu menjalani kuarantin apabila mereka kembali kelak.

Depay yang merupakan pemain antarabangsa Belanda meminta layanan yang sama rata diberikan kepada pemain asing yang bermain di Perancis.

Di mana Depay berpendapat, kesemua pemain seharusnya mendapat layanan yang adil. Kenapa harus pemain luar negara Perancis sahaja yang dikenakan perintah mandatori untuk isolasi persendirian.

Peraturan khas tanpa kuarantin itu hanya terpakai kepada pemain pasukan Perancis sahaja. Dan untuk pemain bukan Perancis yang menyertai pasukan kebangsaan mereka, ianya tidak terpakai.

Man-Utd-transfer-news-Sancho-Di-Maria-Depay-2602233

Perkara itu menimbulkan polemik di kalangan pemain. Ramai pemain kecewa kerana kelab enggan memberikan pelepasan oleh kerana adanya peraturan kuarantin untuk pemain bukan Perancis.

Depay menerusi Twitternya berkata: “Kerajaan Perancis, boleh tak saya menyertai pasukan kebangsaan saya pada Isnin? Ianya baru adil sebaik sahaja kamu memberikan pengecualian kepada pemain kebangsaan Perancis untuk pergi ke luar Eropah untuk bermain bola sepak juga.”

Depay meletakkan nama Presiden Perancis serta UEFA sekali pada tag hantaran beliau.

Memphis Depay merupakan pemain penting untuk pasukan kebangsaan Belanda. Beliau mahu terus membentuk kesefahaman yang lebih kuat bersama dengan rakan rakan dan pengurus baharu Belanda pada ketika ini.

Namun jika Depay menyertai kem Belanda, ianya boleh memberikan risiko kepada Lyon yang memerlukan Depay dalam kempen domestik mereka.

Baca juga perkembangan lain

Tuchel: Semua Pasukan Takut Nak Jumpa Chelsea Sekarang

Jose Mourinho Berdepan Pemecatan Jika Gagal Tamatkan Musim 4 Teratas

Tersingkir Selepas Bawa 2 Gol Agregat, Mourinho Kecam Sikap Pemain Spurs Yang Menyedihkan