Menjelang undinan suku akhir pertandingan Liga Juara-Juara, jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel menyatakan bahawa sekarang, tiada pasukan yang berani melawan Chelsea. Kebanyakan pasukan rasa gerun untuk diundi berdepan The Blues.

Chelsea mara ke suku akhir selepas menyingkirkan  Atletico Madrid dengan kemenangan 2-0 di Stamford Bridge untuk menjadikan skor 3-0 secara agregat.

Juara Bertahan, Bayern Munich dan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City adalah antara pasukan yang masih kekal dalam UCL dan digelar pasukan pilihan.

Namun Tuchel sudah menyatakan bahawa pasukannya berhak berada di kalangan kelompok elit Eropah.

“Yang paling penting adalah kita berhak mendapat kemenangan ini,” kata Tuchel.

“Mereka bermain dengan man marking khas dan hasil seperti ini memberi anda kelebihan untuk mencapai sesuatu yang istimewa.”

“Saya yakin tidak ada pasukan yang mahu bermain melawan kami ketika ini. Ini akan menjadi cabaran yang sukar … tetapi ketika kita turun beraksi, tidak perlu takut. Kita akan mengambil apa yang kita berhak dapat.”

Tuchel gembira dengan cara pasukannya mengawal permainan menentang pendahulu La Liga Sepanyol tetapi mengatakan masih ada ruang untuk diperbaiki.

“Kita perlu memperbaiki serangan balas, kita harus lebih berfikir lebih awal, menggunakan kelajuan dan memanfaatkan ruang,” katanya.

“Kami ingin menjadi lebih klinikal dan tepat.”

Berikut adalah senarai penuh 8 pasukan yang mara ke suku akhir UCL 2020/21.

Baca juga perkembangan lain

Tersingkir Selepas Bawa 2 Gol Agregat, Mourinho Kecam Sikap Pemain Spurs Yang Menyedihkan

Box To Box Midfielder: Pemain Hampir Sempurna Dalam Padang

Highlight UCL: Chelsea Singkir Atletico, Kini 13 Perlawanan Tak Kalah Di Bawah Tuchel