Selepas 7 tahun, Chelsea akhirnya kembali semula ke pentas suku akhir Liga Juara Juara Eropah. Di mana The Blues menyingkirkan pendahulu La Liga, Atletico Madrid daripada kejohanan tersebut.
Jika beberapa bulan lalu, lebih tepatnya pada masa undian diumumkan, ramai menganggap Atletico akan mara berbanding dengan The Blues yang ketika itu berdepan dengan krisis prestasi di bawah Frank Lampard.
Chelsea melantik Tuchel dan kini sudah melebarkan rekod 13 perlawanan tanpa kalah sejak mengambil alih. Rekod tanpa kalah paling panjang untuk pengurus yang baru mengambil alih.
13 – @ChelseaFC are unbeaten in their 13 games under Thomas Tuchel in all competitions, the longest ever unbeaten start by a manager for the Blues in the club's history. Methods. #CHEATM pic.twitter.com/uq5EO4GAdB
— OptaJoe (@OptaJoe) March 17, 2021
Hakim Ziyech dan Emerson Palmieri menjadi penjaring gol dalam kemenangan 2-0 Chelsea di Stamford Bridge.
The Blues masuk ke dalam padang dengan mengetahui bahawa mereka tidak pernah tersingkir dari pusingan timbal balik setelah memenangi perlawanan pertama di tempat lawan. Chelsea sebelum ini menang di Sepanyol menerusi jaringan tunggal Olivier Giroud.
Pada minit ke-34, Ziyech menambah gol lagi untuk Chelsea. Itu adalah gol pertama Ziyech di Stamford Bridge untuk Chelsea.
Kai Havertz → Timo Werner → Hakim Ziyech → ⚽️
A Chelsea fan's dream. #UCL pic.twitter.com/9LmFroAmE9
— Squawka Live (@Squawka_Live) March 17, 2021
Atletico terus bergelut memburu gol berdepan dengan Chelsea yang mencatatkan satu lagi rekod clean sheet. Sudah malang, ditimpa tangga pula, Stefan Savic dibuang padang pada minit ke-81 kerana menyiku Rudiger.
📸 – Red card Savic for an elbow in Rudigers chest. pic.twitter.com/ADqGohuf4b
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) March 17, 2021
Pada masa kecederaan sebelum tamat, Emerson melengkapkan malam cemerlang Chelsea dengan gol kedua – ataupun gol ketiga secara agregat – tanpa balas daripada lawan.
Atletico kini sedang dalam prestasi kurang menentu. Dan di dalam carta La Liga mereka semakin dihimpit Barcelona.
▪️ Brushed aside by Chelsea in the UCL
▪️ Three wins in their last 10 games
▪️ Out of the Copa del Rey by a third-tier side
▪️ La Liga lead dwindling by the weekAtletico's recent form 🥴 pic.twitter.com/yT05aJNwQC
— B/R Football (@brfootball) March 17, 2021
Saksikan rangkuman aksi di sini:
Baca juga perkembangan lain
Rebic Digantung 2 Perlawanan Kerana Hina Ibu Pengadil Sebagai Pelacur Di Naples
UCL: Zidane Puas! Real Madrid Lolos Ke Suku Akhir Pertama Kali Selepas 3 Musim