Atletico akan menentang Chelsea pada pusingan kedua Liga Juara-Juara peringkat 16 terakhir. Dan kali ini kedua dua pasukan akan bertemu di Stamford Bridge.
Los Rojiblancos kini perlu memadamkan kelebihan gol tempat lawan oleh Chelsea yang menang 1-0 di Wanda Metropolitano sebelum ini dalam aksi pertama.
Namun pengurus Atletico, Diego Simeone tidak panik, malah sudah ada formula tersendiri untuk menyingkirkan Chelsea.
Simeone berkata: “Kami harus memainkan perlawanan ini mengikut perancangan kami sehingga kita boleh menang dengan gol. Satu-satunya idea adalah untuk menang.”
“Anda boleh mulai menang pada minit ke-84 atau seawal minit ke-10 kerana semuanya ada kemungkinan. Kami tidak tahu bagaimana mereka menyiapkan perancangan mereka, tetapi saya tahu apa yang kami mahukan – adalah menang,” kata Simeone.
Diego Simeone menyedari prestasi luar biasa Chelsea pada ketika ini dan menganggap lawannya itu harus mendapat pujian setelah dibimbing oleh Tuchel.
Di mana sejak pengurus dari Jerman itu mengambil alih, Chelsea masih tak kalah dalam 12 perlawanan. Chelsea dalam tempoh yang sama hanya bolos dua kali. Oleh itu Simeone merasakan bahawa, untuk mengalahkan Chelsea di Stamford Bridge adalah tugas berat.
“Saya percaya pada masa ini Chelsea tidak mempunyai sebaran kelemahan. Satu-satunya perkara adalah mereka tidak tahu apa yang dapat terjadi dari sudut pandangan yang negatif, kerana mereka masih belum mendapat keputusan yang negatif.”
The boss:
❝@ChelseaFC currently have no weaknesses, but we know what we want from the game – to win.❞
🔴⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/Bo2p86XIDg
— Atlético de Madrid (@atletienglish) March 16, 2021
Simeone pada masa yang sama menyatakan bahawa Luis Suarez sudah bersedia untuk menggegar jaring Chelsea pada hari ini.
Baca juga perkembangan lain
Rebic Digantung 2 Perlawanan Kerana Hina Ibu Pengadil Sebagai Pelacur Di Naples
UCL: Zidane Puas! Real Madrid Lolos Ke Suku Akhir Pertama Kali Selepas 3 Musim
EPL: Kecederaan Rui Patricio Warnai Kekalahan Wolves Di Tangan Liverpool