Pep Guardiola menyeru pemain pemain Manchester City untuk mengawal emosi mereka di Atletico Madrid minggu depan.
Ini selepas Jack Grealish telah bertindak balas ke atas Angel Correa yang menyepak bola ke arahnya ketika dia sedang terbaring atas padang.
Guardiola menyatakan bahawa pemain pemainnya seharusnya tidak melayan provokasi daripada Atletico Madrid.
Manchester City menang tipis 1-0 dalam aksi pertama suku akhir UCL. Di mana City tampil sangat dominan membuatkan Atletico gagal mencatatkan sebarang percubaan sepanjang 90 minit.
Berlaku insiden di mana Angel Correa dilayangkan kad kuning selepas menyepak bola ke arah Grealish apabila penyerang itu terbaring di atas padang.
Guardiola berlari di tepi padang, dan dilaporkan menjerit ‘kamu dah gila ke?’ – kepada Correa.
Pengurus City itu menjangkakan senario serupa akan berlaku semasa perlawanan kedua Rabu depan di Wanda Metropolitano tetapi menggesa skuadnya supaya tidak bertindak balas terhadap provokasi seperti itu.
Guardiola berkata: “Kami perlu mengawal emosi kami dan melakukan apa yang kami perlu lakukan,” kata Guardiola.
“Akan ada pengadil di sana. Atletico telah mengenali peringkat kalah mati ini kerana sudah berkali-kali bermain di peringkat ini dan ia akan menjadi ujian yang bagus untuk kami dengan kematangan kami.”
“Pengadil ada di sana. Ini bukan kerja saya. Jack bertindak balas dengan sangat baik dan kekal fokus pada apa yang perlu kami lakukan.”
Gol minit ke-70 Kevin De Bruyne menjadi perbezaan dalam perlawanan ini dan perancang City dan menegaskan bahawa Atletico yang sangat defensif.
Kevin De Bruyne's game by numbers vs. Atletico:
42 passes completed
28 passes in the final third
9 crosses (most)
5 shots (most)
4 possessions won
3 chances created (=most)
2 shots on target (most)
2 possessions won in the final third (=most)
1 goalBrilliant display. 👌 pic.twitter.com/yu9MFDZVFB
— Squawka (@Squawka) April 5, 2022
Menurut De Bruyne, lawan mereka bermain dengan formasi 5-5-0. Namun De Bruyne kekal diplomatik dan menganggap itu memang sudah cara Atletico bermain.
“Ia sangat sukar,” kata De Bruyne.
“Mereka kental, itu memang cara mereka bermain. Kami bermain dengan baik, sukar mencipta peluang dalam perlawanan ini. Separuh masa pertama sangat sukar, kami tidak memberikan mereka peluang. Separuh masa kedua kami mencipta beberapa peluang dan menyudahkan salah satu daripadanya.”
“Saya melakukan larian dan Phil berjaya menemui saya dengan sempurna. Sayar harus kekal tenang, mujur saya berjaya melakukannya.”
De Bruyne kemudian mencabar sesiapa sahaja yang memperlekehkan usaha City dalam perlawanan ini untuk turun sendiri berdepan Atletico.
“Mereka bermain dengan hampir lima pemain di bahagian belakang dan dengan lima di bahagian tengah.”
“Saya mengesyorkan sesiapa sahaja yang berkata apa-apa [tentang kami yang gagal menjaringkan lebih banyak gol], supaya mereka cuba menentang pasukan ini di padang latihan.”
“Kami perlu kekal tenang dan tidak cuba untuk terlibat dalam aksi mereka.”
“Ia adalah cara mereka bermain. Satu kosong tetap adalah satu kosong. Saya menjangkakan taktik yang serupa di sana nanti [aksi kedua].”
Guardiola menambah: “Kevin berada dalam momen terbaik musim ini. Tajam, cepat. Pengaruhnya sangat besar. Atletico adalah pakar dalam pertahanan berpasukan dan ia sangat sukar [untuk memecahkan mereka].”
Guardiola menjangkakan Atletico – yang tidak mencatatkan satu pun percubaan ke arah gawang City – untuk mempamerkan aksi lebih terbuka minggu depan, walaupun Simeone menegaskan pasukannya tidak seharusnya ‘malu’ untuk bertahan dengan kental dan menunggu masa mereka.
“Kami bermain menentang lawan yang luar biasa,” kata Simeone.
“Statistik bercakap untuk diri mereka sendiri. Mereka sangat dinamik. Kami mahu menggunakan segala benda yang kami ada.”
“Kami bertahan dengan sangat baik, usaha kolektif yang hebat. Kami boleh menyerang dengan lebih baik pada serangan balas.”
“Mari kita lihat sama ada kita boleh menguasai bola lebih sedikit dan mencipta lebih banyak kesukaran untuk lawan kita tetapi itu harus dilakukan dengan tenang dan mempunyai usaha pertahanan kolektif.”
“Saya telah ditunjukkan bagaimana untuk bersaing sehingga akhir dalam apa jua cara yang anda boleh.”
Penjaga gol Atletico Jan Oblak berkata: “Kamu tidak perlu menjadi gila kerana ia adalah perlawanan yang panjang.”
“Kamu harus bersikap tenang dan mengambil peluang yang ada.”
“Mana-mana pasukan yang bermain di sini hari ini akan bermain sama seperti kami. Memberikan mereka ruang, maka mereka boleh menghukum kamu.”
“Di Madrid, kami perlu melakukannya [bangkit] dengan permainan lebih menyerang. Itu sahaja cara yang boleh kita lakukan.”