Real Madrid tewaskan Atletico Madrid dalam derbi Madrid yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.
Baca Juga:
- Kerana Menari Meraikan Gol, Vinicius Digelar Monyet
- Atletico Madrid Tak Mahu Berikan Guard Of Honor Kerana Ianya Cubaan Mengaibkan Mereka
- LaLiga: Kerana Rayo, Barcelona Telan Kekalahan Ketiga ‘Straight’ Di Nou Camp Pertama Kali Dalam Semusim
Real Madrid kembali ke puncak LaLiga setelah menewaskan jiran sebandar mereka, Atletico Madrid 2-1 dalam perlawanan derbi yang serba panas.
Laungan perkauman dituju kepada Vinicius Junior daripada sekumpulan besar penyokong Atleti di luar Civitas Metropolitano memburukkan pertemuan Ahad sebelum sepak mula.
Racist chants against Vinícius outside the Metropolitano.
Horrible. Unsurprising. And, sadly, I doubt we've even reached the nadir. https://t.co/xbbtlVzlci— Euan McTear (@emctear) September 18, 2022
Sebelum itu, Vinicius turut menjadi mangsa serangan perkauman selepas Ketua Persatuan Ejen Bola Sepak, Pedro Bravo menyamakan Vinicius dengan monyet ketika dia meraikan gol dengan menari.
Namun pasukan Carlo Ancelotti memberikan pengajaran yang sempurna di atas padang.
Rodrygo meneruskan prestasi cemerlangnya dengan penyudah hebat hasil hantaran cantik Aurelien Tchouameni sebelum Federico Valverde menggandakan gol Real Madrid.
Persembahan separuh masa kedua yang lebih baik daripada Atleti membawa kepada gol pada minit ke-83 daripada pemain gantian Mario Hermoso, yang kemudiannya dibuang padang.
Real Madrid bertahan dengan sebaiknya untuk kemenangan kesembilan daripada sembilan perlawanan musim ini.
Pemain pertahanan Atleti Felipe mendapat peluang pertama pada minit keenam, menanduk bola hasi hantaran daripada sepakan percuma Rodrigo de Paul.
Yannick Carrasco dan Joao Felix turut memiliki peluang gol mereka.
Namun dengan rembatan tepat pertama mereka, Madrid menjaringkan gol pada minit ke-18, Rodrygo menyumbat gol hasil permainan satu-dua yang menarik dengan Tchouameni.
Vinicius yang dilayan sangat teruk oleh penyokong Atletico sepanjang malam telah mendiamkan mereka dengan menari samba bersama dengan Rodrygo.
Antoine Griezmann menguji Thibaut Courtois yang melakukan penyelamatan kemas ketika Atleti mencari gol penyamaan.
Real Madrid akhirnya mengawal sepenuhnya kedudukan apabila Valverde dengan bijak sekali berlari di sebelah kanan untuk menyempurnakan bola selepas percubaan Vinicius terkena tiang.
Simeone memasukkan Matheus Cunha dan Alvaro Morata selepas kira kira sejam aksi. Joao Felix kelihatan tidak berpuas hati dikeluarkan dan terus masuk ke bilik persalina. Dia kemudian menyesali perbuatannya dan kembali ke bangku simpanan.
Pada minit ke-83, Hermoso menjaringkan gol pertama tuan rumah selepas kesilapan Courtois. Ianya memberikan peluang untuk Atletico bangkit.
Harapan kebangkitan Atleti musnah apabila Hermoso menerima kad kuning kedua kerana menolak Dani Ceballos di sudut, dua minit selepas menerima amaran kerana reaksi melampaunya ke atas Dani Carvajal yang membentes rakannya.
Tamat perlawanan Real Madrid tewaskan Atletico 2-1 dalam derbi Madrid.