Pemain Belanda, Memphis Depay mahu menyertai Atletico Madrid. Tetapi kelabnya, Barca hanya akan melepaskan pemain itu jika Carrasco terlibat dalam perjanjian pertukaran pemain.
Baca Juga:
- Barca Sedia Tamatkan Kontrak Depay Namun Tak Dapat Tebus Pampasan €20Juta
- Barcelona Mahukan Gundogan Dan Kante Secara Percuma
- Barcelona Sedia Jual Raphinha Kepada Arsenal €100 Juta
Yannick Carrasco dan ejennya, Pini Zahavi, berselisih pendapat mengenai perpindahan dari Atletico Madrid ke Barcelona.
Barcelona dan Atletico Madrid dilaporkan sedang meneroka potensi perpindahan Memphis Depay.
Depay sudah memberitahu Barcelona dia mahu ke Atletico Madrid dan sudah setuju dengan syarat serta terma peribadi ditawarkan oleh Atletico kepadanya.
Kontrak tersebut juga dilaporkan sehingga 2025, jika Depay menyertai Atletico.
Penyerang Belanda itu mahu meninggalkan Camp Nou kerana kekurangan minit permainan di Barcelona terutama sekali sejak era Xavi Hernandez menjadi pengurus.
Sementara itu, Atletico Madrid sedang sibuk mencari penyerang baharu pada jendela perpindahan musim sejuk ini.
Pemergian Matehus Cunha dan Joao Felix ke Liga Perdana Inggeris membuatkan Diego Simeone kini terdesak mencari penyerang baharu.
Depay memiliki kontrak sehingga akhir musim ini. Namun Depay mahu berpindah ke Atletico Madrid sebelum kontrak itu berakhir.
Barcelona sebelum ini pernah berjanji bahawa mereka akan membenarkan pemain itu berpindah jika ada tawaran yang menarik minatntya
Bagaimanapun, kini Barcelona tidak mudah melepaskan lulusan akademi PSV itu kepada Atletico.
Ini kerana Barcelona mahukan penyerang sayap Atletico, Yannick Carrasco, menjadi sebahagian daripada perpindahan Depay.
Ejen Yannick Carrasco iaitu Pini Zahavi, mengesahkan bahawa terdapat perbincangan mengenai Carrasco.
“Kami sedang berbincang,” kata Zahavi.
“Yannick suka idea itu, dia seorang pemain yang bagus.”
“Rancangannya adalah untuk menukar Yannick dengan Depay.”
Yannick Carrasco’s agent Pini Zahavi: “The plan is to swap Ferreira Carrasco for Memphis Depay. It’s not concrete yet and I don’t know if it will happen”, told @PJCalcoen 🚨🔴 #FCB #Atléti
“Negotiations are ongoing and we’re talking. Yannick likes this idea [to join Barça]”. pic.twitter.com/b8Pyks8HHj
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 17, 2023
“Masih tiada apa-apa yang konkrit, saya tidak tahu sama ada ia boleh berlaku seperti itu, tetapi rundingan sedang berjalan,” tambah Zahavi.
Bagaimanapun, Carrasco sebenarnya menafikan kenyataan ejennya itu. Pemain berusia 29 tahun itu berkata dia hanya fokus kepada Atletico ketika ini.
“Sekarang saya hanya memikirkan tentang Atletico,” kata Carrasco.
“Semua pemain mesti komited 100 peratus untuk berjuang bersama untuk mencapai matlamat,” kata Carrasco lagi.
Carrasco masih terikat kontrak dengan Atletico sehingga Jun 2024.
Namun ejennya yakin bahawa Carrasco akan ke Barcelona.
Sekiranya perjanjian itu berjaya, El Barca akan mencari pemain Belgium dalam skuad mereka buat kali pertama sejak Thomas Vermaelen.