Pemain versatile Jerman, Joshua Kimmich menyatakan bahawa, tindakan memboikot Piala Dunia Qatar 2022 adalah 10 tahun sudah terlambat.
The Guardian sebelum ini melaporkan, sekurang kurangnya, 6,500 pekerja asing yang bekerja untuk projek Piala Dunia Qatar, telah meninggal dunia sejak mereka memulakan projek itu 10 tahun lalu – sebaik sahaja diumumkan sebagai tuan rumah.
Dalam minggu antarabangsa kali ini, pemain pemain Jerman, Norway dan Belanda memakai baju t khas dengan menyuarakan hak asasi manusia.
Bercakap kepada media sebelum aksi berdepan Romania, Kimmich berkata:
“Rasanya kita 10 tahun dah terlewat untuk memboikot Piala Dunia Qatar. Sepatutnya ia bukan berlaku tahun ini, tetapi beberapa tahun lalu. Di mana seseorang harus memikirkan tentang boikot.”
“Sekarang ini, kita cuma menggunakan kuasa publisiti untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara perkara berkaitan. Ini bukan tugas pemain bola sepak sahaja, tetapi kesemua kita harus bekerjasama.”
FA Jerman (DFB) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menentang idean memboikot Piala Dunia Qatar. Namun mereka menyokong tindakan pemain memprotes atas dasar kemanusiaan.
Joshua Kimmich on boycotting the Qatar World Cup: 🗣
“I think we’re 10 years too late to boycott the World Cup. It wasn’t allocated this year, but a couple of years ago. One should have thought about boycotting back then." pic.twitter.com/fsdKxR1PvU
— Footy Accumulators (@FootyAccums) March 28, 2021
Selain DFB, kerajaan Jerman turut menyatakan sokongan mereka. Di mana kerajaan Jerman menegaskan bahawa, tindakan pemain Jerman adalah sesuai dengan komitmen mereka ke atas nilai demokrasi.
“Sebagai pemain bola seoak, kami mempunyai tanggungjawab tertentu, untuk membicarakan sesuatu. Mengenai topik ini, kami mencubanya dengan menggunakan baju t, yang sangat spontan.
“Dalam bola sepak, anda berpeluang menunjukkan sesuatu dan kami harus terus melakukannya.”
Sebelumnya, jurulatih Belgium, Roberto Martinez mengatakan, adalah menjadi kesalahan bagi pasukan untuk memboikot Piala Dunia berikutan protes pemain.
Pada hari Khamis, seorang wakil penganjur Piala Dunia Qatar mengatakan bahawa mereka “sentiasa telus mengenai kesihatan dan keselamatan pekerja”.
“Sejak pembinaan (stadium) dimulakan pada tahun 2014, terdapat tiga kematian yang berkaitan dengan pekerjaan dan 35 kematian yang tidak berkaitan dengan pekerjaan,” tambah jurucakap tersebut.
Baca juga artikel lain
Xavi: Joachim Low Calon Terbaik Kendalikan Barca Kerana Falsafah Bola Sepaknya
Jaringan Kemenangan Masa Kecederaan Ronaldo Tidak Dikira, Pengadil Minta Maaf
Real Madrid Sedia ‘Pecah Tabung’ Dapatkan Haaland Dan Mbappe