Bekas pengendali skuad kebangsaan Sweden, Erik Hamrén menolak tawaran untuk menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Iraq yang baharu ekoran beberapa faktor.
Menurut perkongsian wartawan bola sepak, Hassanin Mubarak, Hamren menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA) setelah berbincang dengan beberapa ketua jurulatih yang pernah menggalas jawatan tersebut sebelum ini.
Hamrén decided to turn down the offer after contacting several coaches who had worked with Iraq who told him the football environment was "complex and unsuitable to work in," suffering from many problems, notably highlighting the Iraq FA not paying Katanec for 7 months! 🇮🇶🇸🇪 https://t.co/CpS0FuSD7l
— Hassanin Mubarak (@hassaninmubarak) July 12, 2021
Jurulatih sebelumnya menasihatkan Hamren agar tidak menerima tawaran dari IFA kerana situasi bola sepak di negara tersebut dianggap rumit dan tidak sesuai untuk mana-mana jurulatih menjalankan tugas.
Selain itu, FA Iraq sendiri mengalami banyak masalah seperti tidak membayar gaji ketua jurulatih sebelumnya, Srečko Katanec selama tujuh bulan sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan pada awal bulan ini.
Sebelum menghubungi Hamren, IFA turut menawarkan jawatan ketua jurulatih kepada pengurus Belanda, Frank de Boer selepas The Oranje tersingkir pada peringkat 16 pasukan terakhir dalam temasya UEFA Euro baru-baru ini.
Namun, de Boer serta-merta menolak pinangan tersebut kerana mahu fokus bersama Belanda pada temasya antarabangsa akan datang.
Pengendali dari Romania, Răzvan Lucescu pada mulanya bersetuju untuk mengendalikan Iraq namun terpaksa mengubah keputusan pada saat akhir kerana isterinya enggan untuk berpindah ke negara itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Status PKPD Halang Sri Pahang Adakan Perlawanan Persahabatan
Kelantan Beri Sinar Baharu Buat Zubir Azmi Selepas Hampir Berputus Asa
15 Fakta Menarik AFC Champions League 2021 Zon Asia Timur Selepas Tamat Aksi Peringkat Kumpulan