Ejen terkenal, Mino Raiola yang cukup dikenali dan ada ketikanya dibenci para peminat bola sepak dunia difahamkan baharu sahaja kehilangan kliennya iaitu Federico Bernardeschi dan Arthur Melo.
Kedua-dua pemain yang beraksi bersama Juventus itu memilih untuk menyertai agensi dari Monaco, P&P Sport Management yang diketuai Federico Pastorello.
Agensi tersebut turut menjadi penasihat kepada dua pemain Chelsea, Romelu Lukaku dan Malang Sarr serta penjaga gol utama Leicester City, Kasper Schmeichel dan ramai lagi pemain di Eropah.
Sehubungan dengan itu, Raiola tanpa berselindung memikul segala tanggungjawab susulan ‘pemecatan’ beliau selaku ejen pemain tersebut.
“Apabila saya kehilangan seorang pemain, ia sentiasa merupakan kesalahan yang dilakukan oleh saya.”
“Saya mengucapkan selamat mahu jaya buat Bernadeschi. Mereka [pemain yang berada di bawah naungan Raiola] bebas untuk pergi kemana-mana [agensi].”
“Mereka berhak untuk menentukan bagi bekerja dengan sesiapa sahaja, para pemain saya bukannya tahanan di penjara,” ujar Mino Raiola menurut laporan dikeluarkan Tribal Football.
Kira-kira enam hari lalu, Raiola turut kehilangan seorang lagi pemain Juventus yang dipinjamkan ke Sampdoria, Mohamed Ihattaren yang menyaksikan beliau telah menjadikan Ali Dursun sebagai ejen baharunya.
Raiola sentiasa menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh dunia dan disifatkan sebagai seorang ejen yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata.
Sudah pastinya menarik untuk disaksikan sekiranya lebih ramai pemain yang akan meninggalkan super ejen ini terutamanya bintang Manchester United, Paul Pogba.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Woodgate: Impak Ronaldo Bakal Bantu MU Tamatkan Kempen EPL Di Atas Arsenal
Raiola Kecewa Lihat Donnarumma Terus Diperam & Hanya Tengok Kawan Kawan Main Bola
10 Penerima Gaji Tertinggi Di United Didedahkan, Sancho Kedua Tertinggi