Gianluigi Donnarumma masih tidak diberikan jaminan akan menjadi penjaga gol utama PSG buat masa ini.
Lebih lebih lagi, majoriti pemain PSG terutama sekali pemain senior dalam kelab tersebut masih menyokong Keylor Navas sebagai penjaga gol utama.
Sebelum ini, Mino Raiola menimbulkan kontroversi apabila menyatakan bahawa Donnarumma sememangnya akan menjadi penjaga gol utama pasukan tanpa ada persaingan di antara kedua dua penjaga gol.
https://twitter.com/T1spoton/status/1438888506374434825
Namun situasinya kini, selepas beberapa perlawanan, tiada tanda tanda Donnarumma akan menjadi penjaga gol utama.
Dan kini Donnarumma dikatakan tidak gembira dengan apa yang sedang berlaku. Menurut Corriere Della Sport, jika berterusan, ejen beliau Mino Raiola mahu membawa penjaga gol itu kembali ke Itali untuk menyertai Juventus.
Juventus sudah lama mengidam mahukan Donnarumma. Peluang terbaik pastinya ketika Donnarumma meninggalkan AC Milan secara percuma.
Namun Juventus berdepan kesukaran menawarkan kontrak besar seperti diminta Raiola.
Lalu Donnarumma memutuskan untuk menyertai PSG. Kini Raiola sudah memberikan bayangan bahawa beliau sudah sedia untuk membawa Donnarumma menyertai Juventus.
Ianya bukan perkembangan yang bagus untuk Donnarumma terus diketepikan. Kerana beliau memerlukan banyak minit sebagai penjaga gol nombor 1 Itali pada masa ini.
Baca juga artikel
Selepas Ditolak 12 Mata, Derby Berdepan Penolakan 9 Mata Lagi
Solskjaer Bangga Komitmen Pemain Walaupun Tidak Cukup Persediaan Lawan Pasukan Main ‘Berkampung’