Sebelum ini Derby County dipotong 12 mata kerana kelab tersebut sedang berdepan dengan kemuflisan. Derby dihukum kerana kegagalan dalam pengurusan kewangan.
Dan terbaru Derby bakal dengan penolakan 9 mata, yang bakal menyaksikan kelab tersebut tidak akan ada harapan lagi untuk kekal dalam Liga Kejuaraan.
Derby County kini berada di tangga tercorot dengan -2 mata selepas ditolak 12 mata.
Walaupun berdepan dengan hukuman yang sangat berat, pentadbiran tertinggi kelab masih percaya bahawa kelab tersebut akan terselamat daripada pupus buat selamanya kerana muflis.
Derby yang kini diuruskan oleh legenda Man United, Wayne Rooney sedang melalui detik sangat sukar.
Sehinggakan Rooney terpaksa mengelarkan wang perbelanjaannya sendiri untuk menampung kos perjalanan para pemain yang bertandang ke tempat lawan.
Bukan itu sahaja, Rooney dikatakan turut membiayai penyokong penyokong Derby yang bertandang ke tempat lawan sebelum ini.
Pengurusan tertinggi kelab dikatakan tidak menerima hukuman tambahan yang dikenakan ke atas mereka.
#ReadingFC set for heavy deduction of up to 9 points after breaching financial rules. Like Derby, Reading are in talks with the EFL over an "agreed decision" as per regulation 85. https://t.co/uIf7ndlJbD
— John Percy (@JPercyTelegraph) September 21, 2021
Andrew Hosking, pihak yang sedang menjadi pengendali pentadbiran kelab buat sementara waktu, menyatakan ada enam pihak yang berminat untuk mendapatkan hak pemilikan baharu kelab itu.
Dan ada di kalangan mereka yang memiliki sumber kewangan yang sangat bagus.
Derby berdepan dengan masalah kewangan sangat teruk. Gaji pemain tertunggak sudah beberapa bulan. Dan dijangka akan menerima bayaran mereka pada bulan ini.
Derby kehilangan sumber kewangan daripada penjualan tiket dan sebagainya. Tetapi pandemik yang melanda membuatkan mereka kesulitan mendapatkan wang.
Kelab juga sedang berusaha untuk meminjam wang bagi menyelamatkan diri daripada risiko muflis.
Derby sudah menlantik Quantuma sebagai broker yang akan mencari pemilik baharu untuk membeli kelab tersebut. Telegraph melaporkan bahawa, kelab berharap akan ada pembeli dalam masa 90 hari ini.
Wayne Rooney menyatakan bahawa beliau kekal positif untuk terus berkhidmat bersama dengan kelab tersebut.
Baca juga artikel
Enam Pemain Utama Yang Tidak Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Kali Ini
Solskjaer Bangga Komitmen Pemain Walaupun Tidak Cukup Persediaan Lawan Pasukan Main ‘Berkampung’