Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, kagum dengan prestasi Martin Odegaard ketika melalui tempoh pinjaman dengan Arsenal ketika ini.

Ianya memberikan isyarat jelas bahawa Arteta ingin mendapakan Odegaard secara tetap dari Real Madrid.

Martin Odegaard dipinjam oleh Arsenal dari Real Madrid pada Januari 2021. Setakat ini, pemain tersebut dapat memberikan persembahan cemerlang dalam 21 perlawanan yang dimainkan dan berjaya menjaringkan dua gol.

Odegaard dibawa masuk untuk menambahkan kreativiti dalam pasukan, terutama sekali selepas Arsenal melepaskan Mesut Ozil.

Menurut Mikel Arteta, pemain antarabangsa Norway itu adalah pemain yang mempunyai peranan penting di bahagian tengah Arsenal. Selain itu, Martin Odegaard juga memiliki keupayaan seorang pemimpin di atas padang.

Arteta berkata: “Prestasinya di atas padang menunjukkan bahawa dia selalu menjerit menginginkan bola dan memberikan tekanan kepada lawan. Dia sangat berpengaruh.”

“Saya rasa kita semua sedikit terkejut kerana di luar padang dia kelihatan sangat pemalu dan rendah hati. Namun, ketika dia melangkah ke padang dia memiliki watak yang kuat dan suka bermain bola sepak,” kata Arteta.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1373712869758492686

Real Madrid dilaporkan tidak mahu menghalang perpindahan tersebut. Mereka memberikan kebebasan kepada Zindedine Zidane untuk menentukannya.

Arteta memberikan komen tentang isu tersebut: “Pada akhir musim, kita akan duduk bersama dan membincangkan bagaimana dengan proses seterusnya.”

“Pada masa ini, itu tidak hanya bergantung pada kami. Dia berada di sini untuk waktu yang singkat, tetapi dia menyesuaikan diri dengan sangat cepat. Dia mendapat lebih banyak rasa hormat dari pemain dan staf, dan peranannya dalam pasukan akan meningkat setiap minggu.”

Baca juga artikel lain

Dah Tak Gaduh Dah, Ini Sebab Zlatan Menangis Melapor Diri Semula Di Kem Sweden

Piala FA: Leicester Singkir United, Fred Buat Kesilapan Ngeri

Depay Mahu Layanan Adil Dari Kerajaan Perancis, Minta Pelepasan Untuk Sertai Skuad Belanda