Kapten muda Arsenal, Martin Odegaard yakin meninggalkan Real Madrid adalah keputusan tepat dan pada masa yang sama menganggap kelab itu punca dia menjadi bagus seperti hari ini.

Martin Odegaard sebelum ini dipinjamkan ke Arsenal. Dia kembali semula ke Real Madrid. Namun masih tidak mendapat jaminan akan menjadi pemain utama di sana. Membuatkan dia meminta untuk dijual ke Arsenal secara tetap.

Mikel Arteta yang meminati corak permainan Odegaard yang kreatif dan juga bijak di tengah padang.

Akhirnya dia menyertai Arsenal dan dilantik menjadi kapten baharu pasukan itu.

Sejak menyertai Arsenal secara tetap, Odegaard menjadi salah seorang pemain beprestasi tinggi di Eropah. Musim lalu dia mencetak 15 gol dan 7 assist untuk The Gunners.

Bercakap tentang keputusannya meninggalkan Real Madrid, Martin Odegaard menegaskan bahawa kelab Sepanyol itu sebagai tempat yang paling tinggi tekanan.

Itu yang banyak mengajar dia agar menjadi lebih matang dan menjadi pemain yang lebih baik.

“Real Madrid adalah kelab yang paling tinggi tekanan di dunia. Jika saya tidak melalui semua itu menerusi Real Madrid, saya tidak akan mencapai tahap yang saya ada sekarang ini.”

Namun pada masa yang sama Odegaard gembira dengan keputusannya meninggalkan Real Madrid untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan di Arsenal.

“Saya belajar mematangkan diri dan ianya satu pengalaman pembelajaran yang sangat hebat. Saya gembira dengan keputusan saya meninggalkan kelab itu.”