Gol menerusi sepakan penalti Martin Odegaard membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Crystal Palace pada aksi kedua Liga Perdana Inggeris melibatkan kedua dua pasukan.
Baca Juga:
- Gara Gara Maguire, Man United Mungkin Terlepas Benjamin Pavard Ke Arsenal
- Gary Neville Ramalkan Arsenal Juara EPL Musim Ini
- Arsenal Nak Raya, Dan Pemain Sudah Setuju
Arsenal secure the win thanks to Martin Odegaard’s second-half penalty 🎯 #CRYARS pic.twitter.com/sj7upn1ct6
— Premier League (@premierleague) August 21, 2023
Kemenangan Arsenal kali ini bukannya mudah untuk mereka capai. Mereka berhempas pulas untuk memenanginya terutama sekali selepas Takehiro Tomiyasu dibuang padang.
Disiplin pertahanan yang baik oleh Palace serta serangan balas yang laju membuatkan Arsenal diancam beberapa kali.
Peluang terbaik Arsenal lahir pada minit ke-29. Eddie Nketiah berjaya meloloskan diri dari kawalan dan merembat dengan kaki kirinya namun bola terkena tiang.
Tidak lama kemudian, Nketiah sekali lagi terlepas peluang keemasan. Di mana kali ini dia hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Palace, Sam Johnstone, Nketiah gagal menjaringkan gol kerana sepakannya melayang.
Palace juga mempunyai beberapa peluang berbahaya melalui serangan balas yang pantas dan kuat. Namun, usaha tuan rumah berjaya dimatikan oleh Arsenal.
Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan daripada kedua dua pasukan.
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya terhasil pada minit ke-53 hasil sepakan penalti Martin Odegaard.
Penalti itu diberikan selepas Nketiah dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Odegaard memutuskan untuk merembat renda ke penjuru kiri gawang yang tidak dapat dihalang oleh Johnstone.
The Gunners terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Takehiro Tomiyasu menerima kad kuning kedua pada minit ke-67.
Pemain pemain Arsenal membantah kad kuning kedua itu yang menurut mereka satu kesilapan.
In your opinion, should this have been a second yellow for Tomiyasu? 🤔 pic.twitter.com/xpbMyayAGV
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) August 21, 2023
Kelebihan seorang pemain membuat Palace lebih dominan dalam mengasak pertahanan Arsenal.
Bagaimanapun, pertahanan kental Arsenal berjaya menafikan serangan tuan rumah daripada menjadi gol. Skuad kendalian Mikel Arteta berhak membawa pulang tiga mata dengan kemenangan 1-0.
Arsenal berjaya melepasi cabaran getir daripada derbi London ini. Dengan Gary Neville sebelum ini meramalkan The Gunners akan menjadi juara EPL pada musim 2023/24 berdasarkan kualiti skuad mereka yang ada.
Terutama sekali selepas Arsenal membawa masuk Declan Rice ke dalam pasukan mereka untuk menguatkan bahagian tengah.
Adakah anda bersetuju dengan ramalan Gary Neville tentang Arsenal?