Tammy Abraham, Ben Chilwell dan Jadon Sancho sah akan terlepas aksi Engaland menentang Wales pada Khamis.
Ini selepas kesemua pemain sedang disiasat oleh FA berkaitan dengan melanggar perintah penjarakan sosial di negara mereka.
Chilwell dan Sancho bersama sama dengan rakan mereka yang lain telah mengadakan parti kejutan harijadi untuk Tammy Abraham. Sedangkan mereka sudah diberitahu untuk mengasingkan diri daripada orang awam.
Satu lagi peraturan di UK menyatakan bahawa, tidak dibenarkan berkumpul lebih dariapda 6 orang dalam satu masa.
Happy birthday, @TammyAbraham! 🎈 pic.twitter.com/OLQUZlryhF
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 2, 2020
Gareth Southgate dilaporkan bengang dengan kelakuan ketiga tiga pemain tersebut.
Sebelum ini dua pemain England iaitu Phil Foden dan Mason Greenwood melanggar protokol kuarantin pemain di Iceland.
Southgate sudah memberikan amaran kepada para pemainnya. Malah sudah memberitahu mereka secara bersemuka tentang larangan untuk mengulangi perkara seperti itu lagi.
Tetapi ianya berlaku sekali lagi dan lebih teruk, melibatkan 3 pemain pula kali ini,
Sancho, Abraham dan Chilwell kesemuanya sudah membuat permohonan maaf dan menyatakan mereka akan belajar daripada kesilapan.
Jadon Sancho, Tammy Abraham and Ben Chilwell all broke COVID-19 rules this weekend and attended a party in London.
Dortmund are furious with Sancho because he has missed the last two games with illness and didn’t attend training all week. pic.twitter.com/unDSRJQLTj
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 5, 2020
Dalam parti tersebut, dilaporkan kira kira 20 orang berada di dalam kawasan tersebut.
Ketiga tiga pemain dilarang untuk datang ke St George’s Park pada Isnin. Dan kesemua pemain lain sudah melakukan saringan ujian Covid-19.
https://twitter.com/i/status/1313171189804806145
Namun FA tidak menolak mereka akan terlibat dalam aksi berdepan Belgium. Kerana seleoas ini akan ada satu lagi ujian saringan covid pada Jumaat, sebaik sahaja tamat tugasan berdepan dengan Wales.
Baca juga perkembangan lain
Highlight EPL: Chelsea Bantai Palace, Jorginho Skor 2 Penalti
RASMI: Thomas Partey Milik Arsenal Dengan Tebus Klausa Pelepasan €50 Juta