Chelsea mencipta kemenangan bergaya 4-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.
Chelsea memberikan debut EPL kepada Edouard Mendy, menyisihkan birthday boy – Kepa Arrizabalaga.
Happy birthday, @kepa_46! 🎈 pic.twitter.com/WhIaUgphtJ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 3, 2020
Perlawanan ini menamatkan rentetan dua perlawanan tanpa kemenangan The Blues.
The Blues berada dalam prestasi terbaik dan stabil. Manakala lawan mereka hari ini tidak ada idea untuk menyerang balas. Crystal Palace merekodkan sifar on target dalam perlawanan ini.
Perlawanan pada separuh masa pertama, Chelsea mencipta beberapa peluang gol. Namun mereka tumpul dalam penyudah.
Werner masih bergelut dengan permainan fizikal di EPL. Tammy Abraham mengepalai serangan bertiga Chelsea, dan beliau mendapat beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan.
Separuh masa pertama berakhir 0-0. Dan peminat Chelsea risau pasukan mereka akan keciciran mata sekali lagi.
Masuk ke separuh masa kedua, Chelsea terus menekan lawan. Dan hasilnya, pemain baharu mereka Ben Chilwell membuka tirai jaringan pada minit ke-50 menerusi rembatan deras.
Goal ✅
Assist ✅
100th @premierleague appearance ✅
Chelsea @premierleague debut ✅Not a bad day at the office for @BenChilwell! 👏 pic.twitter.com/Vhm8jKXm67
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 3, 2020
16 minit berselang, seorang lagi pemain pertahanan Chelsea iaitu Kurt Zouma Chelsea menggandakan pendahuluan Chelsea hasil umpanan Ben Chilwell dari sebelah kiri.
Zouma menanduk deras bola dan menerjah gawang.
Pada babak akhir perlawanan Chelsea dihadiahkan 2 penalti.
Penalti pertama adalah kerana Tammy Abraham dikasari Tyrick Mitchell.
Jorginho menyempurnakan penalti dengan tenang untuk meletakkan pasukannya 3 gol di hadapan.
Pada minit ke-82, Chelsea diberikan penalti lagi selepas Havertz dujatuhkan oleh Mamadou Sakho.
Kali ini berlaku sedikit drama di mana Tammy Abraham mahu mengambil penalti. Namun Jorginho enggan memberikan kepadanya. Azpilicueta menggunakan kuasanya sebagai kapten untuk meminta Abraham tidak mengambil sepakan itu daripada pelaksana utama penalti Chelsea.
Tammy really wanted to take that pen 👀 pic.twitter.com/O1539MoMIX
— B/R Football (@brfootball) October 3, 2020
Dan sekali lagi Jorginho memanfaatkan peluang itu.
Tamat perlawanan Chelsea menang 4-0. Frank Lampard juga mendapat berita gembira denga Pulisic yang kini boleh bermain selepas pulih sepenuhnya.
Happy Saturday! 😃#CHECRY pic.twitter.com/3exDkKWtln
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 3, 2020
Saksikan rangkuman perlawanan di sini:
Baca juga perkembangan lain
Wenger Dedahkan Pernah Tolak Tawaran Man United Dan Tolak Rayuan Guardiola Yang Mahu Sertai Arsenal
UCL: Messi Jumpa Ronaldo Di Peringkat Kumpulan, United, PSG Dalam Kumpulan Maut