Semalam telah berlangsung undian Liga Juara Juara Eropah musim 2020/21. Menariknya undian kali ini menyaksikan seteru lama, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan bertemu awal pada musim ini.
Ini selepas pasukan mereka diundi dalam kumpulan yang sama.
Kumpulan A
Juara bertahan musim lalu, Bayern Munich diundi sekumpulan dengan Atletico Madrid.
Nampaknya Luis Suarez akan bertemu dengan Bayern sekali lagi selepas malam tragis musim lalu.
RB Salzburg boleh menjadi pasukan yang memberikan masalah kepada dua pasukan pilihan utama. Sama ada mampu menyingkirkan mereka ataupun menentukan siapa juara kumpulan.
🧐 Who'll win this group?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan B
Juara UCL 13 kali – Real Madrid – sekumpulan dengan Inter Milan.
Zinedine Zidane dan Antonio Conte sebelum ini pernah bermain bersama ketika di Juventus akan bertemu sebagai pengurus.
😮 Who will come out on top in this Group B?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan C
Manchester City seharusnya tidak ada masalah untuk melepasi kumpulan ini dalam usaha mereka mahu menjulang kejuaraan UCL pertama kelab mereka.
🧐 Who ya got for Group C?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan D
Juara enam kali, Liverpool diletakkan sekumpulan dengan Ajax, Atalanta dan Midtjylland.
Kumpulan ini agak menarik walaupun Liverpool pasukan pilihan. Ini kerana Ajax dan Atalanta juga dikenali dengan pasukan high pressing seperti Liverpool. Jadi, kita jangkakan permainan terbuka.
🔥 Which side will entertain the most in Group D?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan E
Chelsea sekumpulan dengan Sevilla. Pasukan Frank Lampard jelas sekali pasukan pilihan terutama sekali selepas berbelanja lebih GBP220 juta dalam perpindahan pemain.
Who are you backing in Group E? 💪#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan F
Derbi Ciro Immobile akan berlangsung kali ini. Pemain yang pernah mewakili Lazio dan BvB.
Selain itu kumpulan ini turut ada Zenit dan Club Brugge.
😮 Top scorers in Group F?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan G
Pertemuan Messi dan Ronaldo sekali lagi berlaku. Juventus dan Barcelona di kumpulan yang sama.
Para peminat bola sepak teruja dengan undian ini. Kali terakhir kedua duanya bertemu adalah pada 2018.
Champions League Group G 🌟
Juventus vs Barcelona 🤩
Ronaldo vs Messi 🐐
Let the battle of the GOATs commence 🍿#UCLdraw pic.twitter.com/K0Gxb5qz79
— GOAL (@goal) October 1, 2020
Kedua dua pasukan mahu mengakhiri kemarau UCL kelab mereka. Namun Juventus mengalami kemarau lebih panjang berbanding Barca.
🤔 Who's winning Group G?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Kumpulan H
Ini adalah kumpulan maut yang menempatkan naib juara musim lalu – PSG – bersama dengan Man United, RB Leipzig dan Istanbul Basaksehir.
United pernah menyingkirkan PSG dengan cara sangat dramatik sebelum ini. Dan penyokong United pasti tak akan lupa dengan gelagat kontroversi Angel Di Maria di Old Trafford.
Leipzig menikmati kempen cemerlang musim lalu. Manakala Istanbul Basaksehir merupakan kelab yang terus meningkat naik dari Turki.
🔝 Who are you backing in Group H?#UCLdraw
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Itulah dia keputusan undian UCL pada musim ini. Pastinya semua sudah tidak sabar dengan malam Eropah sekali lagi.