Pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan di Old Trafford.

Selain itu Wenger juga mendedahkan bahawa Pep Guardiola pernah mendekatinya untuk menyertai Arsenal ketika bermain.

Wenger kini bekerja sebagai Ketua Pembangunan Global FIFA, selepas kerjaya pengurusan selama empat dekad – dan kebanyakannya di Arsenal.

Sebelum meninggalkan Arsenal, Wenger juga pernah dikaitkan dengan jawatan pengurus Paris Saint-Germain.

Tetapi itu bukan satu-satunya pekerjaan berprofil tinggi yang ditolaknya.

“Saya ditawarkan untuk jawatan itu (PSG) beberapa kali,” kata Wenger dalam wawancara dengan The Times.

Dia juga mengesahkan dia berpeluang untuk mengambil alih jawatan pengurus di Old Trafford – tetapi dia tidak mahu untuk mendedahkan

“Saya tidak akan memberitahu kamu bila,” kata Wenger.

“Tetapi saya boleh memberitahu kamu Man Utd menawarkan saya jawatan itu.”

https://twitter.com/TheGoonerNation/status/1312096581840240648

Pastinya perasaan setianya kepada Arsenal menjadi sebab kenapa beliau menolak Man United yang menjadi seteru Arsenal terutama sekali era beliau.

Wenger kemudian berkongsi dengan permusuhannya dengan Sir Alex Ferguson satu ketika dahulu. Walaupun kini mereka berdua sudah menjadi sahabat baik.

“Ah, kami mengalami beberapa pertempuran yang bagus. Dia seorang yang pintar. Kamu tidak akan mempunyai kerier seperti beliau ini jika kamu bodoh. ”

article-1217233-00C49B6B1000044C-126_468x422

Wenger juga menegaskan bahawa Guardiola pernah datang ke rumahnya dan merayu untuk bermain di bawah kendaliannya.

“Ketika Guardiola masih pemain, dia datang ke rumah saya untuk meminta bermain untuk Arsenal,” kata Wenger.

“Pada masa itu saya sudah mempunyai [Patrick] Vieira. Saya mempunyai Gilberto Silva. Saya tidak boleh membawanya.”

Baca juga perkembangan lain

Puji Pujian Klopp Kepada Leno Dan Arsenal Selepas Disingkirkan The Gunners

Mourinho Kecewa Dengan VAR: “Baik Berikan Wang Saya Kepada Kebajikan Berbanding FA”

Morata Pulang Kerana Nak Tolong Juventus Julang UCL