Asrsenal berjaya mendapatkan pemain tengah defensif yang menjadi sasaran utama mereka dalam perpindahan kali ini iaitu Thomas Partey.
Rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut sebenarnya sudah lama berlaku. Namun keadaan menjadi rumit kerana Atletico tidak mahu menjual pemain itu pada sebarang harga.
Atletico turut menawarkan kontrak baharu kepada Partey untuk memujuk pemain itu melupakan tawaran dari Arsenal.
Arsenal menghubungi Atletico untuk berunding tetapi Atletico menyatakan hanya dengan klausa pelepasan sahaja mereka terpaksa melepaskan pemain itu.
Lalu pada jam jam terakhir jendela perpindahan, Arsenal mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada kontrak Partey sekitar €50 juta.
Mikel Arteta sangat inginkan Partey bagi menguatkan lagi bahagian tengah pasukannya.
Pada ketika ini, Arsenal kekurangan pemain tengah defensif yang lasak. Mereka cuma ada Granit Xhaka. Arsenal melepaskan Guendouzi dan Torreira secara pinjaman.
🔏 @Thomaspartey22 has joined us from Atletico Madrid on a long-term contract#NoThomasNoPartey
— Arsenal (@Arsenal) October 5, 2020
Partey menjalani ujian medikalnya di Madrid. Dan beliau tiada masalah untuk lulus ujian tersebut.
Selepas selesai ujian medikal itu, Arsenal terus mengumumkan pemain itu secara rasmi ke pasukan mereka.
New Arsenal signing Thomas Partey is a "physical marvel" who "does everything well", according to his former coaches.
We tell the story of his rise ⏫📈
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 5, 2020
Partey memiliki gaya permainan yang lasak dan beliau pada masa yang sama mampu menggelecek dengan baik.
Aset ini yang sangat diperlukan Arteta pada ketika ini.
Baca juga perkembangan lain