Donny van de Beek yang semakin terdesak untuk mendapatkan minit permainan bersama Manchester United telah melakukan keputusan drastik dengan menukar ejennya.
Menurut sumber laporan dikeluarkan Voetball International, pemain tengah berusia 24 tahun itu telah meninggalkan Guido Albers dan akan bekerjama dengan Ali Dursun yang merupakan ejen kepada Frenkie De Jong, Voctor Lindelof, Emil Forsberg dan ramai lagi.
Perkembangan terbaharu itu mungkin ada kaitan dengan usaha van de Beek untuk meninggalkan Manchester United selepas beliau hanya diberikan peluang beraksi selama enam minit sahaja dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Masih memiliki kontrak sehingga pertengahan tahun 2025, van de Beek sudah pastinya mahu mengangkat kaki untuk meninggalkan The Red Devils pada jendela perpindahan musim sejuk [Januari] nanti.
Media barat juga mengatakan kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Barcelona dan Juventus berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Aksi cemerlang ditampilkan ketika menyarung jersi Ajax telah mendorong kepada penghijrannya ke Manchester United pada Ogos 2020 tetapi ia kelihatan tidak seperti yang dirancang apabila van de Beek hanya banyak memanaskan bangku simpanan.
Memasuki musim keduanya di Old Trafford, Donny van de Beek hanya membuat 39 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai dan menjaringkan satu gol serta mencipta dua bantuan jaringan.
Satu statistik jelas untuk menyedari bahawa keinginan sebenar beliau pada ketika ini adalah untuk mencari pasukan yang mampu memberikan minit permainan buatnya.
Pada jendela perpindahan musim panas lalu, beliau hampir menyertai Everton tetapi Ole Gunnar Solskjaer berjaya meyakinkannya untuk terus bertahan.
Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.
Zhafri Yahya Selesa Dengan Peranan Baharu Diberikan Bojan Hodak
Kelayakan Piala Asia B-23: Thanawat Suengchitthawon Akui Keadaan Padang Tiruan Menyusahkan Thailand
Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020