Kelab gergasi Liga Portugal, FC Porto dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tinggi lampai Korea Selatan, Kim Min-jae.
Perkara ini dikongsikan oleh media Portugal iaitu Record dimana Porto sudah bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh kelab Min-jae iaitu Beijing Guoan bagi mendapatkan pemain itu.
Portuguese daily Record reporting that Porto have reached an agreement with Beijing Guoan for Kim Min-jae, but personal terms still remain to be negotiated.
This media game by the agent really knows no boundaries, but they'll get it right one day 😂https://t.co/9PdAXIc8Mz
— Steve Han • 한만성 (@realstevescores) June 21, 2021
Kini, Porto sedang berbincang dengan Min-jae mengenai syarat peribadi yang dimahukan pemain itu sekaligus bakal melengkapkan perpindahan dalam jangka masa terdekat.
Kim Min-jae merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia pada 2018 lalu dan beliau mula mencipta nama dalam arena bola sepak Asia ketika beraksi bersama Jeonbuk Hyundai Motors pada 2017 hingga 2017.
Pemain berusia 24 tahun itu kemudiannya berhijrah ke saingan Liga Super China (CSL) pada 2019 dengan menyertai Beijing Guoan dan beliau membantu Beijing menjadi naib juara dalam saingan liga pada musim pertamanya.
Sebelum ini, Min-jae dikaitkan dengan beberapa kelab besar lain seperti Tottenham Hotspur dan Juventus setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Beijing.
Namun, Porto dilihat memenangi perlumbaan bagi mendapatkan khidmat Min-jae dan pemain itu bakal mengikut jejak langkah pemain sayap negara, Safawi Rasid yang sebelum ini beraksi bersama Portimonense.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Pelakon Dan Penyanyi Popular Thailand Sertai Ratchaburi FC Dengan Kontrak Selama 6 Bulan
Rumah Harimau Malaya Jadi Pusat Pemberian Vaksin Berskala Besar