Kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol semalam telah mengejutkan peminat bola sepak Asia apabila mereka menandatangani seorang pelakon dan penyanyi iaitu Phakin Khamwilaisuk atau dikenali sebagai Tono dengan kontrak selama 6 bulan.
Lebih mengejutkan, beliau sebenarnya tiada pengalaman bermain bola sepak secara profesional dan turut didaftarkan sebagai pemain dalam saingan AFC Champions League 2021 (ACL) yang bakal bermula pada 22 Jun ini.
COMFIRMED: Phakin ‘Tono’ Khamwilaisak is in the Ratchaburi @TheAFCCL squad pic.twitter.com/MvxtAYpYQL
— Thai League Central (@TL_Central) June 18, 2021
Tono cukup popular dalam kalangan peminat di Thailand kerana beliau turut berlakon dalam dua drama yang sedang hangat ditayangkan di kaca TV iaitu Duang-jai-nai Mon Tra dan Pra Chan Daeng.
Pada tahun 2019, beliau menjadi selebriti pertama di Asia yang dicalonkan sebagai duta oleh Persidangan Lautan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan kelibatnya di atas padang apabila saingan ACL bermula nanti. Ratchaburi berada dalam satu kumpulan bersama wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Jepun, Nagoya Grampus serta wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers.
#News | 🇹🇭 A SINGER PLAYS FOR RATCHABURI FC IN AFC CHAMPIONS LEAGUE
Ratchaburi FC have added Phakin Khamwilaisak, a famous Thai singer, to their lineup for AFC Champions League 2021. The 34-year-old singer has no professional playing experience. pic.twitter.com/NfAd2hY5NO
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 19, 2021
Menurut kenyataan rasmi, Tono yang berusia 34 tahun akan memakai jersi bernombor 96 dan sudah pun menjalani latihan bersama pasukan sejak minggu lepas sebagai persiapan menghadapi ACL.
Prestasi semasa latihan dan tahap kecergasan antara faktor utama yang menarik minat barisan jurulatih Ratchaburi untuk menyenaraikan namanya dalam skuad.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Media Jepun Dedahkan Pelajar Sekolah Tinggi Aomori Yamada Bakal Terima Tawaran Dari Kelab Ligue 1