Kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol menyenaraikan pelakon dan penyanyi popular, Phakin Khamwilaisak bagi menghadapi saingan Thai League 1 musim 2021/2021.
Pakhin atau yang lebih dikenali dengan nama Tono mencipta kejutan pada saingan AFC Champions League (ACL) dimana beliau menandatangani kontrak selama enam bulan sekaligus menjadi sebahagian daripada skuad yang beraksi di kejohanan elit peringkat Asia itu.
COMFIRMED: Phakin ‘Tono’ Khamwilaisak is in the Ratchaburi @TheAFCCL squad pic.twitter.com/MvxtAYpYQL
— Thai League Central (@TL_Central) June 18, 2021
Meskipun tidak diturunkan dan hanya memanaskan bangku simpanan dalam beberapa perlawanan peringkat kumpulan, namun pengurusan Ratchaburi dilihat mahu terus memberikan peluang kepada penyanyi itu beraksi bersama kelab.
Menurut laporan media di Thailand, Tono sendiri komited untuk beraksi bersama kelab itu meskipun tidak banyak mendapat peluang untuk beraksi bersama kesebelasan utama.
Jualan jersi Ratchaburi dikhabarkan turut meningkat sejak pasukan itu mengumumkan Tono sebagai salah satu pemain mereka dalam saingan ACL.
The Dragons menamatkan saingan Thai League 1 musim 2020/2021 di tangga ke-8. Prestasi mereka mula merudum sejak pertengahan musim dimana mereka berada di kedudukan empat pasukan teratas yang memberikan slot ke saingan ACL musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Hadi Fayyadh Sekali Lagi Dilantik Sebagai Duta Pelancongan Bandar Okayama 2 ‘Musim’ Berturut-Turut.
Bapa Wan Kuzain Tawar Bantuan Tingkatkan Kualiti Pemain Muda Negara
Persija Jakarta Tidak Sabar Beraksi Di ‘Santiago Bernabeu’ Indonesia