Khabar mengejutkan datang selepas pasukan negara melayakkan diri ke temasya Piala Asia dimana dua pemain skuad kebangsaan dikhabarkan bakal menyertai kelab Thailand, BG Pathum United.
Perkara ini dikongsikan oleh Makan Bola namun tidak menyebut secara spesifik pemain mana yang akan menyertai bekas juara saingan Thai League 1 itu.
Pemain yang dimaksudkan beraksi di posisi sayap dan menjadi antara pemain penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di laman sendiri baru-baru ini.
Sebelum ini, terdapat tawaran dari pasukan luar negara untuk kedua-dua pemain namun atas sebab tertentu, tiada kata sepakat dapat dicapai dan dua pemain ini terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
BG Pathum sendiri ketika ini mempunyai dua pemain yang mengisi kuota pemain import Asean iaitu pemain skuad kebangsaan Singapura, Irfan Fandi dan juga adiknya, Ikhsan Fandi.
Sekiranya dua pemain negara menyertai BG Pathum United, maka ini akan menjadi kelebihan bagi pasukan negara dimana lebih ramai pemain yang beraksi di peringkat tertinggi sekaligus menjadi medan persiapan sebelum beraksi dalam temasya Piala Asia.
Malaysia mencatat sejarah layak secara merit ke temasya Piala Asia setelah menduduki tangga kedua dalam kumpulan E sekaligus menamatkan penantian selama 42 tahun.
Pasukan negara mengutip 6 mata daripada tiga perlawanan yang dihadapi, menang ke atas Turkmenistan, tewas kepada Bahrain dan kemudiannya menutup saingan peringkat kelayakan dengan kemenangan besar ke atas Bangladesh.
Setelah tamat tugasan bersama skuad kebangsaan, pemain kembali ke kelab masing-masing dan akan dikumpulkan semula pada September nanti untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
TMJ Akan Terus Menerajui Dan Mengendalikan Pasukan JDT – Titah Sultan Ibrahim
Jaami Qureshi Kunjungi Wisma FAM, Bakal Beraksi Bersama Malaysia?