Pemain Malaysia yang kini bersama dengan kelab J2 League, Hadi Fayyadh dalam satu kemaskini laman sosial Instagram semalam mengesahkan bahawa beliau sekali lagi dilantik sebagai duta pelancongan prefektur Okayama.
Ini merupakan tahun kedua Hadi Fayyadh dilantik sebagai duta pelancongan prefektur itu selepas kali pertama diberikan peluang yang sama pada tahun lalu bagi mempromosikan aktiviti berkaitan pelancongan di Okayama.
Hadi Fayyadh dilihat sebagai satu ikon pelancongan untuk pelawat dari Asia Tenggara khususnya Malaysia mengunjungi Okayama selain memberikan pendedahan mengenai Muslim Travel di Jepun.
https://www.instagram.com/p/CRWVfR1Fx7C/
“Terima kasih bandar Okayama kerana memberikan peluang yang baik sebegini dan saya sangat bersyukur.”
“Saya sangat menikmati tinggal disini serta meneroka prefektur Okayama!”
“Saya berharap lebih ramai orang akan datang mengunjungi prefektur cantik kami secepat mungkin dan menerokai keindahan pemandangan, tradisi serta kebudayaan tempatan.”
Nota: Untuk makluman tambahan, pada 23 Jun 2020 yang lalu, Hadi Fayyadh buat kali pertama dilantik sebagai duta pelancongan prefektur Okayama.
Ini adalah tahun ke-3 Hadi Fayyadh berada di Jepun sejak secara rasmi menyertai kelab Fagiano Okayama pada 21 Disember 2018 dan sehingga hari ini masih belum berpeluang untuk tampil secara rasmi dalam perlawanan liga atau pun piala domestik di negara matahari terbit itu.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.
MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023
Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara