Sejak sepak mula perlawanan pembuka tirai saingan bola sepak profesional Jepun pada 15 Mei 1993, pelbagai perubahan dan perkembangan positif dapat disaksikan hasil daripada penubuhan kelab dan liga profesional disana.
28 tahun berlalu, saingan bola sepak Jepun yang lebih terkenal sebagai J.League itu kini semakin meluaskan pengaruh mereka bukan sahaja di Asia tetapi sudah mula menerima perhatian tinggi dibenua eropah.
Menurut satu kemaskini dilaman web rasmi J.League pada 2 Julai 2021 yang lalu, kini mereka sudah mempunyai rakan penyiar rasmi J.League di 66 buah negara secara keseluruhannya.
Jumlah tersebut merangkumi 21 buah negara dibenua eropah seperti England, Ireland, Germany, Switzerland, Austria, Italy, San Marino, Vatican City dan banyak lagi.
Country/Region | Broadcasting Network | Competition |
China | K-BALL | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE MEIJI YASUDA J2 LEAGUE |
Hong Kong | i-Cable | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Macau | TDM | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Malaysia, Brunei | Astro | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Indonesia | K-Vision | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
India, Bangladesh, Bhutan, Afghanistan, Maldives, Nepal, Pakistan, Sri Lanka(8 countries in total) | SONY TEN2SonyLIV | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Australia | OPTUS | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
England, Ireland | Premier Sports | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Israel | The Sports Channel | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Thailand | SIAMSPORT | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Germany, Switzerland, Austria | Sportdigital | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Italy, San Marino, Vatican City | OneFootball | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Serbia, Montenegro, Slovenia, Croatia, Bosnia – Herzegovina, North Macedonia (6 countries in total) | SportKlub | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan (11 countries in total) | TSG | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Algeria, Bahrain, Chad, Comoros, Djibouti, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Mauritania, Morocco, Oman, Palestine, Qatar, Saudi Arabia, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, United Arab Emirates, Yemen (24 countries in total) | Dubai Sports | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE |
Worldwide excluding Japan (News rights only) |
SNTV | MEIJI YASUDA J1 LEAGUE * News distribution only |
Perkembangan ini bukan sahaja menguntungkan liga dan juga kelab hasil dari wang hak penyiaran tetapi lebih memberikan ‘exposure’ kepada pemain-pemain mereka dalam saingan domestik mempamerkan aksi yang mungkin dapat membuka peluang berhijrah suatu hari nanti.
Ia juga secara tidak langsung bakal mempengaruhi impak yang diterima oleh rakan-rakan penaja korporat, komersil dan sebagainya ke satu peringkat yang lebih tinggi terutamanya di eropah.
Tidak hairanlah bakat-bakat muda mereka saban tahun mendapat tempat di eropah selepas apa yang mereka rancang dan bina selama hampir 3 dekad menerima sokongan penuh dari semua pihak tanpa ada agenda peribadi dari pihak atasan.
Dalam tempoh 28 tahun ini juga J.League sudah berjaya merekodkan 130,426,105 orang penonton hadir ke stadium untuk saingan divisyen 1 sahaja dan berjaya meletakan J.League sebagai salah sebuah liga bola sepak terbaik di Asia.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.
Pasukan Bola Sepak Universiti Jepun Ini Berjaya Lahirkan 120 Orang Pemain Pro Dalam Tempoh 22 Tahun.