Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam dalam satu kemasikini dilaman sosial Twitter rasmi mereka telah memberikan pengesahan bahawa lagenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari berada dikedudukan ke-3 penjaring terbanyak dunia sepanjang zaman.

Walaupun ada beberapa pertikaian mengenai jumlah gol yang telah dijaringkan sebelum ini, ternyata kini 89 gol yang telah dijaringkan Mokhtar Dahari diiktiraf oleh FIFA.

Berikut adalah kedudukan senarai penjaring terbanyak gol antarabangsa sepanjang zaman yang telah dikeluarkan oleh FIFA semalam untuk rujukan anda.

 

Jumlah 89 gol tersebut adalah hasil dari 142 penampilan dari 5 Jun 1972 sehingga 19 Mei 1985, dan berikut adalah jumlah gol yang telah dijaringkan mengikut jenis kejohanan.

Jenis Kejohanan Penampilan Gol
Merdeka Tournament 50 36
King’s Cup 16 10
SEA Games 14 11
Asian Games 12 5
Jakarta Anniversary Cup 10 6
Asian Cup Qualifier 9 4
SEAP Games 7 4
President’s Cup 7 4
World Cup Qualifier 6 0
Olympic Games Qualifier 4 4
Friendlies 3 1
Asian Nations Cup 2 1
Vietnam Tournament 2 3
Jumlah 142 89

Data diatas telah dirujuk dari laman web RSSSF, dan anda boleh layari laman web ini untuk mendapatkan data-data berkaitan pemain bola sepak lain dari seluruh dunia.

Diharapkan dengan pengesahan dari FIFA ini dapat meleraikan pertikaian yang banyak berlaku dalam kalangan penyokong bola sepak terutamanya di Malaysia berkenaan jumlah gol yang dijaringkan oleh lagenda bola sepak negara itu.

Seperti artikel ‘FIFA Century Club’ yang telah dikeluarkan beberapa hari yang lalu, Dato’ Soh Chin Ann juga dikatakan bakal menerajui senarai pemain yang memiliki penampilan antarabangsa paling banyak didunia sekiranya menerima pengiktirafan rasmi FIFA.

Terima kasih lagenda untuk sejarah ini!

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.

3 Pemain Malaysia Tersenarai Dalam ‘FIFA Century Club’, Soh Chin Ann Bakal Menerajui Senarai Jika Diluluskan

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?