Badan induk bola sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sedang mempertimbangkan untuk membatalkan saingan Piala AFC 2021 Zon Asean kerana kesukaran untuk mencari tuan rumah bagi saingan tersebut.
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana setakat ini masih belum ada negara yang bersedia untuk menjadi tuan rumah.
#News | AFC CONSIDERS TO CANCEL AFC CUP 2021 – ASEAN ZONE
AFC general secretary Datuk Windsor John said: "There are no hosts yet from the participating teams and also no neutral venues available. We have asked the committee to make a decision within next week. " pic.twitter.com/HJGhUCdXcc
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 20, 2021
Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, tiada negara dari pasukan bertanding mahupun venue neutral yang bersedia untuk menjadi tuan rumah ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Oleh itu, beliau telah mengarahkan jawatankuasa pertandingan untuk membuat keputusan mengenai nasib saingan Piala AFC zon Asean pada minggu ini.
Sebelum ini, Singapura dipilih menjadi tuan rumah bagi saingan peringkat kumpulan namun negara itu memutuskan untuk menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
Dua kelab Liga Malaysia, Terengganu dan Kedah Darul Aman menjadi wakil negara dalam saingan edisi 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Pelakon Dan Penyanyi Popular Thailand Sertai Ratchaburi FC Dengan Kontrak Selama 6 Bulan
Rumah Harimau Malaya Jadi Pusat Pemberian Vaksin Berskala Besar
Skuad Kebangsaan Iraq Hubungi Pemain Kacukan Negara, Jaami Qureshi