Luis Suarez mendedahkan dia menangis kerana dia keliru. Dia tidak tahu bagaimana dia nak menjelaskan kepada anaknya ketika dia tiba di rumah – selepas Uruguay tersingkir awal di peringkat kumpulan dalam aksi Piala Dunia 2022.

Baca Juga:

Uruguay terpaksa pulang awal selepas Korea Selatan mencatatkan kemenangan ke atas Portugal 2-1.

Mata akhir Uruguay dan Korea Selatan sebenarnya adalah empat mata yang sama.

Korea Selatan layak kerana jumlah gol lebih banyak selepas kedua dua pasukan terikat jumlah perbezaan jaringan.

Korea Selatan menjaringkan 4 gol manakala Uruguay cuma 2 gol sahaja.

Sebaik sahaja mengetahui negaranya gagal ke pusingan seterusnya, Luis Suarez tidak dapat menahan kesedihannya dan menutup mukanya ketika dia menangis teresak esak.

Ini adalah edisi Piala Dunia terakhir buat El Pistolero bersama Uruguay. Kerana selepas ini dia akan berusia 39 tahun pada edisi seterusnya.

Luis Suarez menjelaskan dia benar benar bingung dan keliru. Semua itu menyelubungi perasaan dirinya ketika dia mengetahui bahawa langkah mereka berakhir.

Dia dapat membayangkan anaknya di rumah pasti bersedih melihat dia dan rakan rakannya kecewa tersingkir daripada Piala Dunia 2022.

“Ini adalah kesedihan dan kekecewaan yang sangat besar,” kata Suarez kepada wartawan A Bola selepas tamat perlawanan.

“Saya hanya memikirkan tentang anak lelaki saya yang berusia empat tahun, yang akan menyimpan imej kesedihan kami ini dalam ingatannya sampai bila bila.”

“Bagi seorang bapa, ini adalah perkara paling sukar untuk dijelaskan,” tambahnya lagi.

Luis Suarez sudah pastinya berstatus legenda dalam bola sepak Uruguay. Dia munucl dalam 4 edisi Piala Dunia untuk negaranya.

Dia menjadi nadi penting Uruguay ketika mereka menamatkan saingan di tangga ketiga pada 2010.

Suarez sudah bermain 16 perlawanan Piala Dunia dan menjaringkan 7 gol dalam proses tersebut.