Manchester United mara ke separuh akhir Carabao Cup 2020/2021 setelah menyingkirkan Everton 2-0 di Goodison Park.
Kedua dua pasukan berhempas pulas sepanjang perlawanan. Dan Man United mendapat gol lewat untuk mara.
Kedua dua pasukan menurunkan pasukan terkuat mereka untuk perlawanan kali ini.
Manchester United tampil dengan lebih dominan dalam perlawanan ini selepas aksi cemerlang membelasah Leeds United 6-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
Secara keseluruhan United menguasai 65% perlawanan dan melakukan lebih 600 hantaran.
Namun mereka kelihatan buntu di hadapan gol. Everton walaupun tidak menguasai banyak bola, mereka tetap menghadirkan beherapa siri ancaman.
United dengan cemerlang melakukan 8 percubaan tepat daripada keseluruhan 19.
Akhirnya, United memecah kebuntuan pada minit ke-88 menerusi penyerang Uruguay, Edinson Cavani yang melakukan rembatan lencong mendatar.
Cavani sebelum itu bernasib baik kerana tindakannya yang menggunakan jurus choke slam ke atas Yerri Mina tidak dilihat pengadil.
Should Cavani have been sent off for this? 👀 pic.twitter.com/PJ7rJD1Mo5
— ESPN FC (@ESPNFC) December 23, 2020
Tetapi perlawanan ini tiada VAR digunakan.
Dan ketika Everton cuba mendapatkan gol penyamaan, Anthony Martial menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan 90+6, iaitu betul betul sebelum wisel penamat.
Kejayaan ini memastikan United mara ke separuh akhir bersama sama dengan Tottenham Hotspur, Manchester City dan pasukan Liga Kejuaraan – Brentford.
Manchester United akan berhadapan dengan Manchester City.
Edinson Cavani dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Tonight's Man of the Match = @ECavaniOfficial 😍
🔴 #MUFC
🏆 #CarabaoCup pic.twitter.com/jDIZYUeawO— Manchester United (@ManUtd) December 23, 2020
Saksikan rangkuman perlawanan di sini:
Baca juga perkembangan lain
Pirlo Kritik Sikap Pemain Menjelang Cuti Natal Dan Persoal Mutu Pengadilan
Arteta Ingatkan Pemainnya: “Bangkit Atau Alami Masalah Besar”