Pengurus Juventus, Andrea Pirlo mengakui pasukannya tidak fokus dalam mengharungi perlawanan setelah Juan Cuadrado dibuang padang.
Andrea Pirlo enggan menjadikan kad merah Juan Cuadrado sebagai alasan kekalahan mereka tetapi mengkritik sikap para pemainya ketika beraksi di atas padang yang menurutnya sudah memikirkan soal cuti Natal.
Juve mengalami kekalahan pertama mereka di Serie A di bawah Pirlo dalam perlawanan ke-13. Di mana mereka tewas 3-0 di tangan Fiorentina. Dan itu merupakan kekalahan paling besar mereka sejak berpindah ke Stadium Allianz pada tahun 2011.
Keputusan ini menyaksikan hanya AC Milan yang kekal tidak kalah musim ini setakat ini.
Fiorentina SHOCK Juventus, Prandelli gets his first win since returning to Fiorentina & Pirlo suffers his first loss in Serie A as a coach 😱⚜️ pic.twitter.com/TWa8bbCXKJ
— Italian Football TV (@IFTVofficial) December 22, 2020
Cuadrado mengasari Gaetano Castrovilli dan dilayangkan kad merah pada penampilannya yang ke-200 untuk gergasi Turin. Awalnya hanya kad kuning, namun ditukar kepada merah selepas konsultasi VAR.
Dusan Vlahovic meletakkan Fiorentina di hadapan. Dan kemudian bocor lagi menerusi gol sendiri Alex Sandro pada minit ke-76.
Congratulations, @Cuadrado on 2️⃣0️⃣0️⃣ apps in ⚪️⚫️! 👏👏👏#JuveFiorentina #FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/J6IwZpn3uV
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) December 22, 2020
9 minit sebelum tamat, perjuangan Juventus ditamatkan pada perlawanan itu dengan gol ketiga oleh Martin Caceres.
Juve meminta pengadil memberikan mereka penalti dalam beberapa insiden namun tidak diendahkan.
“Apa yang berlaku dengan kad merah tidak dapat digunakan sebagai alibi kekalahan,” kata Pirlo kepada Sky Sport Italia.
“Keputusan perlawanan tidak berpunca dari sikap Fiorentina tetapi kekurangan kita sendiri.”
“Apabila ini terjadi, anda menghadapi situasi buruk seperti ini. Dalam permainan sebelum Krismas, ia boleh berlaku di mana dalam fikiran anda sudah memikirkan untuk bercuti. Kami tidak fokus dan tidak dapat bangkit.”
Pirlo tidak membantah kad merah tersebut namun merasakan pengadil sepatutnya memberikan beberapa keputusan yang memihak kepada mereka termasuk beberapa tuntutan penalti yang mereka minta.
“Imej untuk kad merah itu nampak jelas bagi saya. Mungkin ada beberapa keputusan yang sepatutnya memihak kepada kami, tetapi itu bukan sesuatu yang ingin saya komen – anda boleh lihat sendiri.”
Today’s @Gazzetta_it 🗞
Pitch black for Juve
A dark day: Champions lose six points a day, leaders are far away
Collapse with the Viola, Pirlo criticises referee and ruling pic.twitter.com/ck2SqCw812— JuveFC (@juvefcdotcom) December 23, 2020
Leonardo Bonucci menjadi sasaran peminat selepas dikatakan bertanggungjawab dalam kesemua tiga gol pasukan lawan.
Bonucci hilang bola enam kali dan hanya memenangi 5 daripada 10 duel dia terlibat. Namun Pirlo menyatakan sokongannya kepada kaptennya itu.
Menganggap sudah menjadi lumrah akan ada malam yang buruk bagi mana mana pemain termasuk bintang.
“Malam-malam buruk seperti ini berlaku pada semua orang.”
“Hingga saat ini dia telah membuat beberapa persembahan hebat.”
“Ini berlaku pada semua orang. Dia adalah kapten kami dan kami masih percaya kepadanya.”
Juve boleh dikatakan mengalami kejutan berganda pada hari Selasa. Kekalahan kepada Fiorentina itu hadir beberapa jam selepas Napoli memenangi rayuan mereka untuk mengadakan perlawanan Serie A pada Oktober yang gagal dimulakan.
Ketika itu Napoli tak dapat bertandang ke Turin kerana larangan perjalanan daripada pemerintah Naples.
Peliknya, Serie A menganggap Napoli tidak hadir dan menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Juventus.
Baca juga perkembangan lain
Arteta Ingatkan Pemainnya: “Bangkit Atau Alami Masalah Besar”