Ole Gunnar Solskjaer tidak pernah ragu bahawa kedudukannya sebagai pengurus Man United masih selamat walaupun prestasi tidak menentu pasukannya.

Man United yang awalnya diramal bakal mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kini berada di tangga keenam selepas 2 kekalahan berturut turut di tempat sendiri serta menelan 4 kekalahan daripada 6 perlawanan terakhir mereka dalam liga.

Laporan menyebut ada beberapa pemain mulai hilang kepercayaan kepada Ole Gunnar Solskjaer, namun pengurusan tertinggi kelab masih percayakan pengendali dari Norway itu.

Bercakap kepada media menjelang aksi berdepan Watford, Solskjaer sudah tidak sabar untuk menunjukkan kepada peminat aksi mereka menentang Watford pada hari ini.

Hal ini kerana, menurut Ole, Man United sudah bekerja keras untuk memperbaiki beberapa kesilapan mereka sebelum ini.

Ole berkata: “Ianya minggu antarabangsa yang agak panjang. Namun kita dapat manfaatkan peluang yang ada untuk kebaikan kami. Kami dapat merasakan respon yang sangat baik daripada pemain dan mereka sudah bersedia untuk menentang Watford.”

“Kami pernah melalui detik seperti ini sebelum ini. Prestasi kita di tempat lawan, daripada 30 perlawanan, kami cuma kalah sekali sahaja. Musim lalu kami bangkit dan mengubah keadaan dalam 20 perlawanan terakhir dengan hanya 1 kekalahan. Ini yang kami perlukan untuk bangkit.”

“Minggu ini, keutamaan kami adalah memperbaiki beberapa perkara. Prestasi dan persembahan kami tak cukup bagus. Namun kami boleh melakukan lebih baik, seharusnya lebih baik, dan ianya bergantung kepada prestasi di atas padang.”

“Kita semua manusia biasa, kadangkala bola terkena palang, bola terkeluar, kadangkala bola masuk, itu semua boleh mempengaruhi mood kita, atmosfera juga begitu.”

“Kami harus fokus dan mula memperbetulkan keadaan. Namun kami sedar keputusan yang kami capai agak buruk [sejak akhir akhir ini].”

“Kami tahu, prestasi buruk akan meletakkan diri kami di dalam tekanan. Namun tekanan itu seharusnya menjadi sesuatu yang kami nikmati, sesuatu yang boleh menjadikan kami lebih baik secara berpasukan dan membuatkan para pemain bermain di tahap terbaik mereka.”

“Para pemain, staf, saya sendiri, dan kelab, kami semua bergabung tenaga demi satu matlamat. Dan matlamat itu adalah untuk pasukan ini, agar kami memperbaiki keadaan dan mendapatkan keputusan yang lebih baik.”

“Mentaliti mereka masih saya. Mungkin agak tak kena untuk bercakap tentangnya. Mereka suka bermain bola sepak, sukakan kemenangan. Ketika kami meninggalkan Old Trafford 13 hari lalu, tak seorang pun antara kami yang gembira.”

“Tetapi selepas ini akan ada perlawanan demi perlawanan, mereka menikmati aksi dengan negara masing masing minggu ini. Ini adalah kelompok yang sangat bersemangat dan fokus.”

“Kamu sendiri tahu, ketika kami, kamu akan sentiasa kecewa dan dalam tekanan. Kami bercakap dengan baik, terbuka dan jujur di antara kami.”

“Ada satu perlawanan selepas ini yang penting. Apa pula yang yang akan berlaku selepas itu. Kami semua sudah segar kembali pada minggu ini dan sangat baik di pusat latihan. Kami sudah bersedia untuk aksi esok [hari ini].”

“Minggu antarabangsa adalah sangat bagus untuk para pemain menyegarkan semula fikiran mereka, ada beberapa pemain yang kekal di sini, ada yang dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyegarkan semula fikiran mereka.”

“Setiap orang sentiasa berhubung dengan staf dan ianya salah satu perkara yang kami pelajari dalam beberapa tahun ini. Staf staf saya telah bekerja keras untuk memastikan semua orang bersedia.”

“Kami sudah memperbaiki beberapa perkara, meletakkan beberapa perkara yang betul ke dalamnya. Saya pasti kita semua akan menyaksikan tindak balas pasukan ini dalam aksi yang baik pada esok.”

Baca juga artikel

Michael Owen Yakin Steven Gerrard Akan Menikmati Kekalahan Malam Ini

Lingard Sedia Pergi Secara Percuma Kerana Kecewa Ditawarkan Gaji Lebih Rendah

Fernando Santos: “Saya Berundur Jika Gagal Ke Piala Dunia, Namun Itu Tak Akan Berlaku”