Fernando Santos mengakui beliau mendengar ramai pihak di luar sana mahukan beliau meletakkan jawatannya. Ini selepas Portugal gagal melayakkan diri secara automatik ke Piala Dunia 2022. Lebih lebih lagi, Portugal memiliki barisan pemain pemain berkualiti berbanding dengan pasukan lain.
Menamatkan persaingan di tangga kedua di belakang Serbia, bukanlah perkara yang diterima oleh peminat Portugal.
Mereka malah melabel Fernando Santos sudah tak relevan dan taktikalnya membosankan untuk pasukan yang sangat bagus seperti Portugal.
Namun pengurus tersebut menegaskan bahawa dia berjanji akan berundur sekiranya Portugal gagal melepasi pusingan play off ke Piala Dunia. Dalam erti kata lain, gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.
Santos menyatakan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku sama sekali, pada kali ini.
Bercakap kepada TVI, Santos berkata: “Pada hari saya gagal mencapai matlamat saya, saya akan pergi sendiri tanpa disuruh.”
“Saya setakat ini masih tidak pernah gagal dalam mencapai matlamat saya, semuanya saya capai dan selesaikan,” kata Santos merujuk kepada kejayaannya menepati KPI diberikan kepadanya. Ini termasuk memberikan Portugal Piala Eropah serta Piala Liga Bangsa Eropah.
Santos kemudian mengingatkan bahawa, Portugal sudah beberapa kali berada dalam situasi ini. Di mana mereka gagal layak secara automatik dan beraksi di play off. Namun mereka tetap berjaya ke Piala Dunia.
“Berapa kali kita gagal layak secara automatik? Berapa kali dah kita beraksi di play off? Jadi, perkara ini tak perlu diperdebatkan di sini.”
“Ianya tak akan berlaku [Portugal gagal ke Piala Dunia]. Ataupun saya akan pergi sendiri jika ia berlaku.”
🚨
Fernando Santos:
"If we fail to qualify for the World Cup 2022, I will leave the national team." pic.twitter.com/23oHUSpfVd
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) November 17, 2021
“Dalam pada kita cuba mencapai matlamat kita, kita semua harus bersatu.”
Fernando Santos kemudian mengakui bahawa aksi menentang Serbia sebagai aksi paling teruk dipamerkan Portugal ketika dikendalikannya.
“Pertama sekali, aksi berdepan Serbia sangat teruk, sampai saya lupa, ada lagi ke lebih teruk daripada itu.”
“Kita gagal melaksanakan perancangan kita. Tidak ada idea yang jelas. Kita bermula dengan baik, memberikan tekanan kepada lawan.”
“Dua perlawanan terakhir agak buruk untuk kita. Dengan generasi baharu pemain pemain kita ada, kita mulai bermain dengan formasi 4-3-3.”
“Namun mereka sudah melakukan tugasan mereka dengan baik secara keseluruhannya, sama seperti di Piala Bangsa Eropah. Saya yakin, saya akan mampu memperbaiki situasi ini.”
“Saya akan mencipta sistem permainan yang sesuai agar para pemain dapat bermain dengan mudah dan menonjolkan kualiti mereka. Saya tidak ada keraguan bahawa kita akan berada di Piala Dunia.”
Baca juga artikel
Peminat Ungkit Kembali Detik Yang ‘Merompak’ Slot Automatik Portugal Ke Piala Dunia