Bekas pemain Liverpool, dan rakan sepasukan Steven Gerrard di kelab dan negara iaitu Michael Owen yakin bahawa pengurus baharu Aston Villa itu akan menelan kekalahan dalam aksi pada hari ini.
Gerrard melakukan debut beliau sebagai pengurus di EPL bersama Villa dalam aksi berdepan dengan Brighton.
Gerrard dilantik oleh Villa menggantikan Dean Smith yang dipecat pada minggu lalu.
Villa membayar klausa pelepasan kepada Rangers. Di mana Gerrard membantu kelab Rangers menjuarai Liga Perdana Scotland musim lalu dengan rekod tanpa kalah.
Aston Villa kini melalui rekod buruk, kalah dalam lima perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana dan berada di tempat ke-16.
Michael Owen tidak nampak Gerrard akan mampu menaikkan prestasi Aston Villa dengan segera.
Owen berkata: “Banyak perkara yang berubah sejak aksi terakhir Aston Villa. Dan sekarang ini mereka dibimbing oleh Steven Gerrard.”
Hopefully Mr Owen is proved very wrong! #AVFC #NCFC https://t.co/HhDLL3JgR7
— Aston Villa News (@AVFC_News) November 19, 2021
“Saya pasti Stevie akan menikmati tugasan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris tetapi dia perlu memberikan motivasi kepada pasukan Villa yang ada ini dengan segera.”
“Mereka tewas lima kali berturut-turut dan keyakinan para pemain pada ketika ini adalah tiada. Saya tidak fikir Steven Gerrard akan mempunyai masa yang cukup untuk mengubah keadaan.”
“Saya meramalkan Aston Villa akan kalah 1-2.”
Adakah ramalam Michael Owen ini akan benar benar berlaku?
Villa akan melayan kunjungan Brighton di Villa Park pada hari ini.
Baca juga artikel
Lingard Sedia Pergi Secara Percuma Kerana Kecewa Ditawarkan Gaji Lebih Rendah
Fernando Santos: “Saya Berundur Jika Gagal Ke Piala Dunia, Namun Itu Tak Akan Berlaku”
Laporta: ‘Kalau Dani Boleh Kembali, Kenapa Tidak Iniesta Dan Messi?’