Aston Villa telah menjadi kelab EPL pertama mengharamkan pemain mereka untuk bermain pemainan Fantasi Liga Perdana Inggeris.
Ini gara gara aplkasi tersebut dilaporkan menjadi punca kenapa berita kecederaan Jack Grealish terbocor di media sosial sebelum aksi menentang Leicester.
Aston Villa tewas dalam perlawanan tersebut, Dean Smith menyalahkan aplikasi FPL sebagai pembocor kesebelasan utama beliau.
Itulah pertama kali Jack Grealish tidak dapat beraksi selepas 50 perlawanan.
Sudah menjadi kebiasaan FPL akan menyenaraikan pemain cedera atapun peluang untuk beraksi yang rendah.
Namun Villa bengang apabila akaun media sosial, FPL insider melaporkan bahawa Matt Targett, Conor Hourihane dan Neil Taylor serta beberapa pegawai Aston Villa, kesemua mereka menjual Grealish.
Ia memberikan isyarat bahawa pemain itu sah tidak akan dapat beraksi.
Villa mengesyaki FPL memasang penjejak pada akaun pemain EPL dan staf kejurulatihan yang bermain. Di mana mereka akan terus mendapat isyarat jika golongan tersebut melakukan perpindahan pemain tanpa perlu pergi mencari akaun tersebut secara manual.
Martyn Ziegler menyatakan bahawa, Villa tidak menyalahkan FPL 100% dalam kebocoran tersebut. Dan mereka tidak menolak kemungkinan ada orang dalam kelab mereka yang ‘menjual’ cerita kepada media.
NEW: Aston Villa ban players from taking part in fantasy football following Grealish injury leak https://t.co/aPjBWYKbOj
— Martyn Ziegler (@martynziegler) February 22, 2021
Dean Smith berkata selepas perlawanan:
“Saya mendapat tahu media sosial menyatakan rumors bahawa Grealish tidak akan dapat beraksi.”
“Jika informasi itu datang daripada orang dalam keab, saya akan cari dan mengenakan tindakan tidak kira siapa dia.”
“Ini perkara yang saya kurang senang dengannya.”
Apapun, buat masa ini Villa bertegas meminta kesemua pemainnya untuk tidak bermain FPL lagi.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Manchester United Tewaskan Newcastle, Kekalkan Jurang 10 Mata
Serie A: Inter Benam AC Milan Untuk Jarakkan Diri 4 Mata Di Puncak
EPL: City Kekal 10 Mata Di Puncak, Arsenal Terus Catat Rekod Buruk