Manchester City berjaya mencatatkan rekod 13 kemenangan berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Arsenal di Emirates pada Ahad.
Man City juga sudah 17 perlawanan tak kalah dalam saingan liga.
Keputusan ini membolehkan Manchester City kekal 10 mata di atas Manchester United dan Leicester. Meneruskan rentak mereka selaku pilihan utama untuk menjuarai EPL musim ini.
Manchester City mendapat gol awal mereka seawal minit kedua perlawanan menerusi Raheem Sterling.
Raheem Sterling ⚽
76 seconds played.
Arsenal 0-1 Manchester City pic.twitter.com/ejIUnmd8Nz
— B/R Football (@brfootball) February 21, 2021
City menggandakan usaha untuk mendapatkan gol kedua. Riyad Mahrez hampir menambah gol untu pelawat pada minit ke-8. Rembatan beliau terbias pada Pablo Mari.
Arsenal kemudian cuba bangkit dan mengimbangi penguasaan bola oleh Man City. Mereka melakukan tekanan dan serangan ke arah gawang City.
Namun mereka bergelut dengan ketajaman di hadapan gol. Di mana hanya 1 percubaan tepat mereka hasilkan sepanjang malam.
Pada minit ke-34, Gundogan hampir menjaringkan gol untuk City. Malangnya beliau gagal untuk mengatasi Rob Holding.
Pada minit ke-44 giliran Pepe pula berpeluang merobek pertahanan City dari sayap kanan. Setelah melepasi Zinchenko. Malangnya beliau gagal untuk menyempurnakannya.
Separuh masa pertama berakhir dengan skor 1-0.
Pada separuh masa kedua Arsenal memperbaiki corak permainan mereka. Dan tampil dengan lebih baik. Namun begitu Man City tetap menjadi pasukan yang lebih bahaya.
Zinchenko dan De Bruyne memiliki peluang masing masing pada seawal 5 minit pertama separuh masa kedua.
Pada minit ke-57, pemain terbaik bulan lalu, Ilkay Gundogan memaksa Bernd Leno melakukan save untuk menafikan percubaan beliau.
Ketika perlawanan berbaki 12 minit, Bukayo Saka mendapat peluang terbaik, malang sekali beliau hilang keseimbangan badan.
Tidak lama selepas itu, Gabriel Jesus bergandingan dengan Cancelo untuk mencipta peluang gol tetapi Cancelo gagal melencongkan bola dengan rembatan luar kakinya – selepas berjaya memperdaya pertahanan Arsenal.
Gabriel Jesus turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi beliau melakukan rembatan liar.
Tamat perlawanan Manchester City menang 0-1 di Emirates. Arsenal terus bergelut untuk mendaki ke slot Eropah. Arsenal kekal di tangga kesepuluh.
Arsenal meneruskan catatan buruk mereka berdepan dengan Man City. Mereka tewas kesemua 4 perlawanan terakhir berdepan dengan City dalam saingan liga.
Lebih memilukan, buat pertama kalinya Arsenal gagal skor dalam kesemua 4 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri.
4 – Arsenal have lost their last four Premier League games against Manchester City without scoring a goal. This is the first time in their history they have failed to score in four consecutive home league games against an opponent. Barrier. pic.twitter.com/B8CGzVZhCI
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Baca juga perkembangan lain
EPL: Everton Tambah Derita Liverpool, Tamatkan Badi 7,817 Hari