Manchester United berjaya menewaskan Newcastle United di Old Trafford dengan skor 2-1.
Walaubagaimanapun, United sempat diberikan tentangan sengit oleh Newcastle pada separuh masa pertama.
United memulakan perlawanan dengan agak goyah. Mereka gagal mencipta peluang gol yang baik di kawasan serangan. Manchester United gagal melepaskan sebarang percubaan ke arah gol pada 15 minit pertama.
Tetapi Syaitan Merah tetap berjaya meletakkan diri mereka di hadapan. Ianya selepas Rashford melakukan satu gol cantik menewaskan penjaga gol Newcastle, Karl Darlow di ‘near post’.
40 – Marcus Rashford's opener was his 40th goal in all competitions since the beginning of last season, with only Raheem Sterling (44), Harry Kane (45) and Mohamed Salah (47) managing more amongst all Premier League players. Consistency. pic.twitter.com/wq1tsUX1ws
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2021
Namun gol itu cuma bertahan enam minit. Manchester Unied dibolosi oleh pemain yang sangat berbahaya sepanjang separuh masa pertama iaitu Saint-Maximin.
Saint Maximin merembat bola dari dalam kotak penalti dan memastikan pasukannya masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-1.
Bersambung babak kedua, Newcastle dilihat cuba mengendurkan tempo permainan mereka. Peluang itu digunakan Manchester United untuk menguatkan lagi dominasi mereka.
Ketika United bergelut untuk mendapatkan gol, akhirnya Daniel James meletakkan mereka di hadapan. James menerima bola dari sebelah kanan dan merembat deras untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-57.
James kini sudah menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut turut untuk Man United.
✌ Two in two for @Daniel_James_97!
🔴 #MUFC
#⃣ #MUNNEW pic.twitter.com/B0YBLPwPSJ— Manchester United (@ManUtd) February 21, 2021
Ketika perlawanan berbaki kira kira 15 minit lagi, pemain yang dipinjam dari Arsenal, Joe Willock menjatuhkan Rashford dalam kotak penalti.
Fernandes tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut, seperti yang dijangka.
Most @premierleague goals + assists this season:
𝟮𝟱 – 𝗕𝗿𝘂𝗻𝗼 𝗙𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝗱𝗲𝘀 (𝟭𝟱⚽, 𝟭𝟬🅰️)
24 – Harry Kane (13⚽, 11🅰️)
20 – Mohamed Salah (17⚽,3🅰️)
19 – Son Heung-Min (13⚽,6🅰️)
17 – Patrick Bamford (12⚽, 5🅰️) pic.twitter.com/jGuSv1KOn9— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) February 21, 2021
Tiada tambahan gol dicatatkan selepas itu. United kembali ke tangga kedua dan mengelak daripada ketinggalan lebih jauh kerana Man City memenangi perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Baca juga perkembangan lain
Serie A: Inter Benam AC Milan Untuk Jarakkan Diri 4 Mata Di Puncak
EPL: City Kekal 10 Mata Di Puncak, Arsenal Terus Catat Rekod Buruk
EPL: Everton Tambah Derita Liverpool, Tamatkan Badi 7,817 Hari