Manchester United membuka jawatan kosong untuk penganalisis prestasi yang khas untuk penjaga gol.
Adakah ini kerana prestasi buruk David de Gea?
David De Gea mengalami musim yang buruk setelah membuat banyak kesilapan pada musim ini.
Jawatan tersebut mungkin untuk membantu De Gea ataupun boleh menjadi sebab kenapa De Gea bakal hilang tempat sebagai penjaga gol utama pasukan mereka selepas ini.
Ini kerana Man United bukan sahaja akan memantau prestasi penjaga gol mereka, namun akan memantau prestasi penjaga gol lain yang berada dalam radar scouting mereka.
Kepada anda yang berminat dengan jawatan tersebut, skop tugasannya adalah menganalisis prestasi penjaga gol dan melaporkan kepada ketua pemantau bakat.
Analisis ini juga akan digunakan untuk membantu Ole Gunnar Solskjaer dalam penilaian prestasi penjaga gol.
Ia boleh digunakan untuk memperbaiki bahagian yang perlu diperbaiki dan sebagainya.
Lantas peminat Man United menganggap jawatan itu akan memberikan De Gea lebih cabaran dan tidak berada di comfort zone lagi.
Surely this isn't Manchester United's way of finding a David De Gea replacement?! https://t.co/HBbMbFhKVO
— Football MailOnline (@MailFooty) July 29, 2020
De Gea melakukan 2 kesilapan yang membenarkan Chelsea menjaringkan gol dalam aksi separuh akhir Piala FA.
Kesilapan yang membuatkan United terus kempunan piala.
Ramai peminat Man United setuju dengan jawatan tersebut. Namun ada juga yang menyindir kelab mereka dengan menyatakan, kelab sekaya Man United baru terfikir soal jawatan seperti itu?
Jawatan yang sudah lama wujud di kelab lain.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Aksi Perisai Komuniti Pada 29 Ogos, Liverpool Tunggu Pemenang Piala FA
5 Sebab Kenapa Manchester United Berada Di Top 3 Dan Mara Ke UCL
Barcelona Rugi €200 Juta, Dan Pakai Wang Kerajaan Bayar 70% Gaji Staf