Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu telah memberikan penjelasan mengenai krisis kewangan kelab akibat wabak virus korona yang melanda dunia.

Setelah pertandingan disambung semula, kelab termasuk Barcelona tidak dapat bermain perlawanan dengan penonton sehingga tidak ada hasil daripada penjualan tiket.

Menurut Bartomeu, Barcelona rugi sekitar €200 juta kerana impak daripada koronavirus.

Lalu beliau menyatakan Barcelona akan melakukan beberapa langkah penting termasuk menukar strategi pada jendela perpindahan.

“Sejak 14 Mac, kami tidak ada pendapatan. Kami kerugian €200 juta,” kata Bartomeu kepada Mundo Deportivo.

Bartomeu kemudian menyatakan, untuk staf bukan pemain, mereka menggunakan skim bantuan oleh kerajaan.

“Kami telah berusaha mengecilkan lagi kos dengan mengurangkan gaji dan menggunakang ERTE [skim bayaran khas daripada kerajaan yang membantu membayar 70% gaji].”

“Kita terpksa harus menutup kedai dan muzium, tidak ada penjualan tiket. Kehilangan €200 juta adalah satu tamparan hebat,” katanya.

barcelona

“Pandemik ini akan memberi kesan selama dua atau tiga musim. Tidak ada yang harus berfikir bahawa keadaan akan bertambah baik pada musim depan. ”

“Pakar kewangan yang hebat bercakap tentang empat tahun, tetapi saya fikir bola sepak akan pulih lebih cepat.”

“Kalau menurut perancangan strategik kita, musim ini kita berpotensi menjana €1.1 billion. Tetapi covid membuatkan kita hilang 30% pendapatan.”

“Saya nyatakan benda ini kerana ada yang kata Barcelona tak terkesan dengan covid. Mereka silap. Semua kelab besar di Eropah termasuk Barca terkena tempias.”

Krisis kewangan ini menjadikan Barcelona mengubah strategi mereka untuk musim depan. Di mana Barcelona mungkin tidak akan mendapatkan pemain bintang.

Barcelona juga dikaitkan dengan usaha untuk melepaskan beberapa pemain mereka, untuk dijual mahupun secara pinjaman.

Ini bermakna mereka mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan Lautaro Martinez.

Selain itu Barcelona juga sedang berusaha melanjutkan kontrak beberapa pemain bintang mereka, terutama sekali Lionel Messi.

Agak ironi kerana angka €200 juta itu adalah angka yang mereka pernah tawarkan kepada Liverpool untuk mendapatkan Coutinho satu ketika dahulu.

Antara pemain yang sudah dijual oleh Barcelona ialah Arthur yang akan menyertai Juventus. Mereka mendapatkan Pjanic sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Baca juga perkembangan lain

Kejuaraan Kesembilan Berturut Turut Juventus

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi

Andreas Pereira: Van Dijk Dan Milner Paling Poyo