Sejak daripada perpindahan Januari lalu lagi Lionel Messi dikaitkan dengan Inter Milan.
Dan penggempur Argentina itu sekali lagi dikaitkan dengan berita tersebut. Ini selepas ayahnya, yang merupakan ejennya, telah berada di Milan.
Lantas ramai yang berspekulasi bahawa ayahnya sedang membincangkan isu Lionel Messi dengan Inter Milan.
Lionel Messi tidak gembira dengan beberapa tindakan pengurusan tertinggi. Sebelum ini Messi melahirkan rasa kecewa apabila kelab memecat Ernesto Valverde.
Dan lebih mengejutkan Messi apabila Pengarah Sukan, Eric Abidal menuduh ada beberapa pemain Barcelona mendesak BOD pasukan memecat Valverde.
Sehinggakan ada pemain yang tidak bermain bersungguh sungguh. Perkara itu sangat mengecewakan Lionel Messi.
Messi meminta Abidal menyebut terus nama pemain yang beliau maksudkan. Kerana menurut Messi, ia tuduhan tidak berasas, kerana para pemain Barcelona sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada pengurus pasukan dan kelab.
Dan baru baru ini, Messi kecewa dengan sikap pembantu jurulatih iaitu Eder Sarabia.
https://youtu.be/9BP1VSgUu9U
Ianya gara gara Sarabia telah bertindak melampau dengan menengking pemain dengan kata kata kesat.
Messi masih belum melanjutkan kontran di Nou Camp.
Dan beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan. Pengurus Inter Milan, Antonio Conte dengan pantas menanggap itu adalah berita palsu ataupun fake news.
Conte menyatakan: “Khabar angin kononnya Lionel Messi ke Inter – itu adalah palsu. Jangan percaya berita palsu.”
“Beliau tak akan menyertai Inter walaupun dalam permainan bola sepak fantasi,” tegas Antonio Conte.
Antonio Conte: “The rumours about Leo Messi to Inter are absolutely fake. Don’t trust these fake news. He is not joining Inter, not even in fantasy football”. 🇦🇷🔵 #Inter #Barcelona #transfers
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 25, 2020
Baca juga perkembangan lain
https://www.vocketfc.com/andreas-pereira-van-dijk-dan-milner-paling-poyo/
Liga Kejuaraan England Bincang Gaji Siling £18 Juta, Norwich Pula Ada Bil £28 Juta Musim Depan