Liga Kejuaraan (Championship) di England memulakan langkah awal untuk mengatasi masalah tunggakan gaji yang melanda dengan mewujudkan gaji siling.
Dengan impak daripada covid-19 kepada kewangan kelab, dijangka pengenalan gaji siling (salary cap) akan diperkenalkan seawal musim hadapan.
Isu gaji siling ini sebelum ini mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuka kesatuan pemain.
Isu gaji siling ini sudah lama dicadangkan dan sukar dilaksanakan kerana beberapa kekangan.
Namun 24 kelab Liga Kejuaraan akan membincangkan perkara itu minggu ini – dan akan memutuskan sama ada gaji siling akan diwujudkan pada musim hadapan.
Satu jawatankuasa khas diwujudkan untuk mengkaji tentang perkara ini. Jawatankuasa tersebut turut menganalisis kemampuan kelab dari segi kekuatan dana yang mereka ada.
Kemudian mereka akan memutuskan angka gaji siling yang sesuai bagi mewujudkan persaingan lebih seimbang dan juga bagi membantu mengatasi masalah hutang kelab.
Bukan gaji siling sahaja yang menjadi agenda perbincangan kali ini. Malah, perbincangan tentang bayaran ejen juga akan dibincangkan.
The 24 Championship clubs will meet on Thursday to discuss proposals for an £18m salary cap that could be introduced as early as next season.
— Sky Sports Football (@SkyFootball) July 23, 2020
Ini kerana kelab di liga kejuaraan terkesan teruk kerana isu bayaran ejen yang melampau.
Dan selepas itu, pihak EFL (badan pentadbir liga kejuaraan) akan bertemu dengan PFA (Kesatuan Pemain FA) membincangkan perkara tersebut.
Seterusnya, isu lain yang dibincangkan adalah isu gaji kelab yang tersingkir dari EPL.
Misalnya Norwich, berdasarkan kontrak tahun hadapan, pada musim 2020/21, mereka akan membayar gaji pemain berjumlah £28 juta.
Ada kemungkian The Canaries terpaksa melepaskan pemain yang terlalu tinggi gaji mereka untuk memenuhi syarat gaji siling sekitar £10,000 seminggu.
Namun perkara ini juga akan memberikan impak kepada Norwich kerana terpaksa melelong pemain daripada harga sepatutnya – yang memang dah turun kerana mereka tersingkir.
Selepas selesai isu gaji siling melibatkan Liga Kejuaraan, EFL akan membincangkan agenda yang sama untuk League 1 dan League 2.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah