“Pelik betul,” itu antara reaksi daripada penyokong Birmingham sendiri dengan tindakan kelab mereka.
Ianya gara gara Birmingham mengumumkan bahawa jersi no.22 akan dikosongkan selepas pemain prospek mereka Jude Bellingham berpindah ke Borussia Dortmund.
Biasanya kelab akan ‘retired’ sesebuah nombor jersi itu untuk legenda mereka ataupun perkara khas.
Ada juga yang mengosongkan nombor jersi itu kerana legenda mereka sudah meninggal dunia.
Namun sangat jarang kes kelab mengosongkan nombor jersi hanya kerana seorang pemain muda dibeli kelab lain.
Birmingham City will retire the number 22 shirt following Jude Bellingham's transfer to Borussia Dortmund.
💙 pic.twitter.com/N59DinN6IQ
— Birmingham City News (@BCFC_News) July 23, 2020
Birmingham menyatakan mereka sangat bangga dengan bakat yang dilahirkan daripada pembangunan mereka. Itulah antara sebab mereka mengambil tindakan itu.
Jude Bellingham sah menjadi milik Borussia Dortmund. Sebelum ini pemain muda itu dikaitkan dengan Manchester United.
Tindakan kelab untuk mengosongkan nombor 22 daripada kelab dihargaai oleh Jude Bellingham.
Namun penyokong pula kehairanan. Apa relevan mengosongkan nombor jersi hanya kerana seorang pemain berpindah?
“Berpindah ke Dortmund pun jersi dia sudah ‘retired’, saya tertanya, apa akan jadi kalau dia pindah ke Manchester United,” tegas seorang pengguna twitter.
Ada juga yang tidak percaya dan mahukan kepastian sama ada ini hanyalah troll semata mata daripada kelab.
Para peminat menganggap tindakan kelab sebagai memalukan dan tidak masuk akal sama sekali.
“Ini memalukan! Dia hanya bermain 40 perlawanan sahaja! Sudah jadi legend ka?”
“Adakah dia pemain satu kelab untuk sepanjang karier? Bukan.”
“Rekod penampilan? Tak.”
Memang pelik tinakan kelab Birmingham kali ini.
Baca juga perkembangan lain
Liverpool Menang 5-3 Ke Atas Chelsea Pada Hari The Reds Menjulang Trofi EPL 2019/20
Govou Klaim Benzema Lagi Bagus Dari Henry Sebagai Penyerang Lengkap Dan Pemimpin