Bintang Brazil, Neymar menjaringkan gol kemenangan ketika Paris Saint-Germain mengalahkan pasukan dengan 10 pemain Saint-Etienne 1-0 pada final Piala Perancis semalam.
Ini merupakan perlawanan kompetitif pertama di negara Perancis sejak 11 Mac berikutan wabak koronavirus. Malah liga Perancis turut ditamatkan awal sebelum ini.
Ini juga perlawanan rasmi pertama dari kalangan liga utama Eropah dengan adanya penyokong. Namun hanya 2,805 orang penonton sahaja dibenarkan masuk ke dalam stadium Stade De France yang berkapasiti.
Di sebalik kegembiraan pasukan mereka, jurulatih PSG – Thomas Tuchel – kini keresahan dengan situasi menimpa pemain utamanya, Kylian Mbappe yang mengalami kecederaan di buku lali.
Mbappe cedera pada separuh masa pertama dan dia terpaksa menyaksikan baki perlawanan menggunakan tongkat.
With the Champions League returning in two weeks, this does not look good for Kylian Mbappe π pic.twitter.com/41uc44aORc
— ESPN FC (@ESPNFC) July 24, 2020
PSG menjuarai piala yang pertama daripada potensi tiga trofi yang pada musim panas ini.
Mereka menambah rekod Piala Perancis ke-13 di dalam kabinet pasukan mereka.
π 1982
π 1983
π 1993
π 1995
π 1998
π 2004
π 2006
π 2010
π 2015
π 2016
π 2017
π 2018
π 2020π«π· @PSG_Inside win the Coupe de France for the 13th time! pic.twitter.com/dJtcbNRoJy
— SPORF (@Sporf) July 24, 2020
Selepas ini PSG akan bertemu Lyon dalam aksi Piala Liga. Dan kemudian barulah fokus untuk Liga Juara Juara Eropah yang akan bersambung semula di Portugal.
Sebelum sepak mula, satu sesi penghormatan dengan memberikan tepukan penghormatan kepada kira kira 30,000 rakyat Perancis yang meninggal dunia kerana Covid-19 serta memberikan penghargaan kepada kesemua barisan hadapan negara mereka.
Saint-Etienne sebelum ini membuat penampilan terakhir Piala Perancis pada 1982. Ia tempoh sangat panjang untuk mereka sampai ke sini semula.
PSG berjaya mencetak 20 gol tanpa balas dalam tiga perlawanan persahabatan hingga ke final. Namun dalam aksi ini, ternyata PSG diberikan tentangan sengit.
Denis Bouanga hampir sahaja menewaskan Keylor Navas pada awal babak.
PSG kemudian memperbaiki rentak permainan mereka. Pada minit ke-14 Mbappe memecah masuk ke kawasan gol. Namun percubaan beliau dinafikan penjaga gol lawan,Β Jessy Moulin.
Bouanga dua kali memaksa Navas untuk melakukan saves. Sementara Moulin menghasilkan satu sentuhan sensasi untuk menafikan percubaan Di Maria, aksi yang mendapat pujian daripada pemain Argentina itu sendiri.
Harapan Saint-Etienne untuk mengekalkan rentak musnah apabila kapten Loic Perrin, dibuang padang pada aksi yang kemungkinan menjadi penampilan terakhirnya untuk kelab.
Loic Perrin dibuang kerana bentesan kotor yang mengerikan ke atas Mbappe. Para pemain kedua dua pasukan bertembung di tengah padang dengan aksi bertikam lidah dan tolak menolak.
https://twitter.com/i/status/1286748243456675844
Pemenang Piala Dunia itu diberikan rawatan untuk beberapa minit. Pengadil kemudian merujuk kepada VAR, lalu memutuskan bahawa kad kuning ditukarkan kepada kad merah.
Kecederaan itu mungkin memaksa Mbappe disisihkan daripada aksi Liga Juara Juara Eropah menentang Atalanta pada 12 Ogos.
Tiada tambahan gol dilakukan oleh kedua dua pasukan. PSG bertahan dengan baik dan mengelak daripada kalah lagi seperti musim lalu.
Baca juga perkembangan lain
Jurulatih Ini Tuduh David Villa Mencabulnya, Membuatkan Terpaksa Tukar Karier
Liga Kejuaraan England Bincang Gaji Siling Β£18 Juta, Norwich Pula Ada Bil Β£28 Juta Musim Depan