Manchester United berjaya mengesahkan kemaraan mereka ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer menewaskan Leicester pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris.

Liga Juara Juara Eropah adalah pertandingan penting untuk kelab seperti United.

Dan beberapa bulan yang lalu, ramai yang melihat United tidak ada peluang untuk menamatkan saingan di slot UCL.

Berikut 5 sebab kenapa mereka berjaya mara.

1. Bruno effect

Pemain yang ditandatangani pada Januari ini telah membantu menaikkan Man United ke beberapa tahap lebih tinggi.

Sarachat
Bruno Fernandes merupakan salah satu bekas pemain Sporting Lisbon

Ini bukan soal kerana dia seorang pemain yang bagus semata mata. Malah lebih daripada itu. Beliau membuatkan pemain lain di sekitar beliau menjadi lebih baik dan kembali lebih yakin.

Bruno memiliki rekod sumbangan kepada gol yang menakjubkan sejak menyertai Manchester United.

2. Prestasi selepas Februari dan restart

Selepas liga disambung semula, Man United meneruskan prestasi mereka sejak Februari.

Mereka berjaya mencipta rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan liga mereka yang terakhir.

Ianya pencapaian yang luar biasa untuk Man United.

Konsistensi jugalah perkara yang tidak dimiliki oleh pesaing mereka yang lain untuk merebut tempat ke UCL, termasuk Leicester, Sheffield United.

Malah mereka berjaya memintas Chelsea untuk berada di tangga ketiga kerana skuad kendalian Frank Lampard itu gagal lebih konsisten,

3. Serangan bertiga

Manchester United berjaya juga membentuk gandingans serangan bertiga yang konsisten di antara Martial-Rashford- Greenwood.

Pada awal musim ini mereka bergelut untuk mencari stabiliti pada sistem serangan.

Ketiga tiga pemain pada awalnya berdepan dengan banyak isu termasuk kecederaan dan krisis prestasi yang tak konsisten.

Namun selepas Man United berjaya membentuk 3 pemain ini menjadi satu trio serangan, mereka berjaya memenangi banyak perlawanan yang dilihat sebelum ini mereka akan keciciran mata.

4. Keputusan penting menentang pesaing

Man United ada 2 pesaing utama bagi persaingan ke top 4 iaitu Chelsea dan Leicester.

Red Devils berjaya menewaskan dua pasukan tersebut secara back to back.

Ini yang membantu mereka, kerana secara langsungnya kedua dua pasukan tersebut kehilangan mata kepada pesaing.

5. Prestasi pertahanan

Walaupun Man United musim ini banyak melakukan aksi pertahanan dianggap kelakar dan beberapa kesilapan mengejutkan oleh De Gea.

Namun secara berpasukan statistik mereka berjaya untuk menjadi salah sebuah pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus musim ini.

Hanya 4 pasukan yang bolos di bawah 40 musim ini, iaitu Man City, Liverpool, Man United dan Sheffield United.

Kehadiran Wan Bissaka dan Harry Maguire benar benar membantu memperbaiki prestasi pertahanan mereka.

United pasukan di tangga ketiga dari segi bolos paling sedikit.