Harry Maguire membidas seorang wartawan yang menulis cerita bahawa ada isu konflik kepimpinan dalam kem Manchester United.
Menurut Maguire: “Saya melihat banyak laporan tentang kelab ini yang tidak benar, dan ini satu lagi.”
Ianya respon kepada artikel yang mengaitkan Maguire tengan bengang dengan Ronaldo kerana Ralf Rangnick dikatakan lebih gemarkan kepimpinan Ronaldo. Sekaligus laporan itu menyebut bahawa, kemungkinan adan perubahan ‘captaincy’ di kelab tersebut.
Maguire menyambung: “Saya tak akan mula membuat hantaran tentang semua yang ditulis, namun saya nak menjelaskan tentang yang ini. Kami di sini bersatu dan fokus untuk perlawanan Ahad. Nikmati hari anda semua.”
I’ve seen a lot of reports about this club that aren’t true and this is another. Not going to start posting about everything that is written but I needed to make this one clear. We’re united and focused on Sunday. Enjoy your day everyone 💪🏻 @ManUtd https://t.co/YxLhQn8pqf
— Harry Maguire (@HarryMaguire93) February 18, 2022
Dalam sidang medianya, Ralf Rangnick turut senada dengan Maguire. Di mana pengurus itu menafikan bahawa dia mempertimbangkan untuk menukar ketua pasukan.
Bercakap kepada Sky Sports sebelum aksi berdepan Leeds, Ralf Rangnick berkata: “Ini benar benar mengarut. Saya tak pernah bercakap dengan mana mana pemain langsung berkaitan dengan pertukaran kapten.”
“Harry sendiri tahu akan perkara itu, begitu juga dengan Cristiano dan pemain pemain lain.”
“Isu kapten tak pernah menjadi isu berbangkit bagi saya. Saya yang menentukan siapa kapten dan tiada alasan untuk saya bercakap dengan orang lain tentangnya. Harry adalah kapten kami dan dia akan terus kekal menjadi kapten sehingga akhir musim ini.”
Rangnick menegaskan bahawa dia tidak kecewa dengan khabar angin tersebut. Rangnick menyatakan: “Saya tidak kecewa dengan berita seperti itu dan saya tahu ianya tidak benar. Ianya tak pernah menjadi isu kepada saya.”
“Ianya perkara yang yang saya tak bagi perhatian sama sekali.”
“Saya terdengar tentang apa yang ditulis namun saya boleh katakan, ya, ada pemain yang tak gembira sehingga jendela perpindahan ditutup, dengan skuad yang besar ini, namun situasi telah diperbaiki, itu yang jelas.”
“Suasana dalam pasukan, di bilik persalinan, menjadi lebih baik daripada beberapa minggu lalu, Untuk kami, ianya berkaitan dengan prestasi yang bagus dan menunjukkan kebersatuan kami di atas padang. Ini perkara yang kami boleh pengaruhi.”
Harry Maguire menjadi pemain terbaru dari kem United yang membidas wartawan, selepas Marcus Rashford membidas wartawan terkemuka Jerman, Christian Falk yang mengaitkan dia sebagai antara pemain yang tidak suka dengan pengaruh Cristiano Ronaldo.
Baca juga artikel
Rashford Nafi Tuduhan Christian Falk Bahawa Dia Meyampah Dengan Cristiano Ronaldo
UEL: Tanpa Haaland, Dortmund Dimalukan Rangers Di Signal Iduna Park