Borussia Dortmund harus akur dengan kehebatan Rangers yang menunjukkan salah satu aksi terbaik mereka dalam kempen Eropah.
Rangers berjaya menang 2-4 di Signal Iduna Park, dalam aksi UEL, pusingan play off kalah mati.
Walaupun tuan rumah lebih dominan, namun dari segi kualiti di hadapan gol dan kreativiti, Rangers adalah pasukan yang lebih baik.
Beraksi di laman sendiri, Dortmund tanpa jentera gol utama mereka, Erling Haaland. Sebaliknya, dan bergantung kepada Donyell Malen sebagai penggempur utama di barisan hadapan.
Marco Rose mengesahkan bahawa pemain sensasi mereka itu terpaksa disisihkan kerana kecederaan pada ototnya.
📸 – Erling Haaland watching the game from the stands. pic.twitter.com/exdGdwhNYn
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) February 17, 2022
Dortmund nampaknya telah kehilangan sentuhan mereka. Pada separuh masa pertama, tuan rumah sudah ketinggalan dua gol, masing-masing menerusi sepakan penalti James Tavernier pada minit ke-38 dan Alfredo Morelos tiga minit kemudian.
Empat minit separuh masa kedua, John Lundstram menambah derita tuan rumah sebelum Jude Bellingham menjadikan kedudukan 1-3 pada minit ke-51.
Tiga minit kemudian, Dan-Axel Zagadou menjaringkan gol sendiri dan Dortmund semakin ketinggalan 1-4. Raphael Guerreiro kemudian merapatkan jurang pada minit ke-82.
Keputusan 4-2 kemenangan memihak Rangers adalah keputusan akhir perlawanan ini. Pusingan kedua di markas Rangers akan diadakan minggu depan.
Pastinya Borussia Dortmund akan cuba untuk mengubah nasib mereka dan berharap Erling Haaland akan kembali pulih.
Sebagai tambahan, tiada peraturan gol tempat lawan untuk pertandingan Eropah bermula musim ini.
Baca juga artikel
Rashford Nafi Tuduhan Christian Falk Bahawa Dia Meyampah Dengan Cristiano Ronaldo
UCL: Salah, Firmino Hampakan Inter Milan, Van Dijk Turut Cemerlang