Semalam telah berlangsung undian bagi peringkat 16 akhir untuk Liga Europa. Dan kami melihat beberapa perkara menarik daripada undian kali ini.
1. Ajax vs Young Boys
Ajax mungkin menarik nafas lega kerana mengelak pasukan kuat. Namun ini juga boleh menjadi musuh kepada diri mereka sendiri jika mereka ambil mudah perlawanan ini.
2. Roma vs Shakhtar Donetsk
AS Roma diberikan lawan yang memiliki rekod sebagai giant killer dalam pertandingan Eropah.
Dan ini juga kelab yang melahirkan playmaker mereka ketika ini iaitu Henrikh Mkhitaryan.
3. Olympiakos vs Arsenal
Arsenal musim lalu disingkirkan oleh Olympiakos daripada saingan UEL. Di mana dalam perlawanan yang sama, Aubameyang melakukan salah satu miss paling tak disangka pada minit akhir peralwanan yang membuatkan Arsenal berputih mata.
Olympiakos juga sudah menandatangani bekas bek tengah Arsenal, Sokratis Papastathopoulos, dan pemain itu berpeluang untuk membuktikan sesuatu kepada Mikel Arteta.
Arsenal kini berpeluang membalas dendam ke atas Olympiakos. Dan nampaknya memang sentiasa ada peluang Arsenal atau Olympiakos nak membalas dendam.
Ini kerana mereka adalah pasangan yang sangat kerap bertemu di Eropah. 12 kali dalam 12 musim terakhir termasuk 2 perlawanan yang akan berlangsung ini. 10 perlawanan mereka dah lalui sebelum ini.
Kuat betul jodoh.
See you again soon, Athens… đ #UEL https://t.co/pMjzICBlNi
— Arsenal (@Arsenal) February 26, 2021
4. Manchester United vs AC Milan
Seteru lama dalam kancah bola sepak Eropah. Walaupun kali ini beraksi di kelas kedua pertandingan Eropah. Namun kedua duanya memiliki rekod sejarah panjang dalam bola sepak Eropah.
Paling menarik, Zlatan Ibrahimovic dan Diogo Dalot memperkuatkan AC Milan pada kali ini, mereka merupakan bekas pemain Manchester United. Zlatan kini menjadi penjaring utama untuk AC Milan.
Manchester United draw AC Milan in the Last 16 of the #UELdraw
Zlatan is coming back. pic.twitter.com/pHbYGVW27Q
— B/R Football (@brfootball) February 26, 2021
AC Milan menjadi pencabar kejuaraan Serie A. United juga pencabar kejuaraan EPL – walaupun situasinya kini, mereka tidak sedekat AC Milan dengan pencabar utama kejuaraan.
Kedua dua pasukan masih memburu kegemilangan silam mereka. Di mana trofi liga terakhir United adalah pada 2013 dan AC Milan pada 2011. Di antara mereka ada 20 kejuaraan Eropah (termasuk UEFA Super Cup).
5. Slavia Praha vs Rangers
Rangers kini dalam proses untuk menjadi juara Liga Scotland sekali lagi di bawah Steven Gerrard.
Rangers akan berdepan dengan Slavia Praha, pasukan yang menyingkirkan Leicester daripada pertandingan kali ini.
đ¨đż Slavia Praha vs Rangers đ´ó §ó ˘ó łó Łó ´ó ż
Who are you backing to progress? đ¤#UELdraw pic.twitter.com/EpcIdyOFuX
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) February 26, 2021
Dengan jurang mata yang besar pada saingan liga, Steven Gerrard boleh menguruskan jadual rehat pemainnya dengan lebih baik.
6. Dinamo Zagreb vs Tottenham
Tiada alasan untuk Spurs tidak mara daripada pusingan ini. Mereka mendapat kembali sentuhan Dele Alli dan Gareth Bale, seperti yang dikatakan Mourinho sebelum ini.
Spurs pada awal musim sangat cemerlang, malah dilihat ‘akhirnya menjadi’ pencabar kejuaraan liga sebenar di bawah Jose Mourinho.
đđˇ Dinamo Zagreb vs Spurs đ´ó §ó ˘ó Ľó Žó §ó ż
Who will progress? đ¤ˇââď¸#UELdraw pic.twitter.com/6iwdiTzRD1
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) February 26, 2021
Namun krisis prestasi berlaku menjelang separuh kedua musim. Dan mereka kini ada peluang memperbaikinya dan menamatkan kemarau piala yang sangat lama.
Jose Mourinho antara pakar dalam kejohanan Eropah dan beliau pernah memenangi UEL bersama Man United.
7. Dynamo Kyiv vs Villareal
8. Granada vs Molde
đĽ Round of 16 draw! đĽ
Best game? đ¤Š#UELdraw pic.twitter.com/LlPsMyZjgo
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) February 26, 2021
Baca juga perkembangan lain
Guardiola Dedah Rahsia Kejayaan City Kerana Wang Yang Banyak Untuk Beli Pemain
Angelino Kecam Guardiola: “Dia ‘Membunuh’ Saya Ketika Di City”