Angelino antara pemain bek sisi yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim ini. Beliau juga dikaitkan dengan banyak pasukan besar di Eropah termasuk kepulangan semula ke kelab lamanya Manchester City.
Angelino adalah pemain pertahanan yang memiliki rekod gol yang luar biasa. Maka tak hairanlah ramai peminat Man City mahukan pemain itu kembali.
Namun selepas kenyataan beliau kepada BILD, nampaknya senario itu mungkin berubah. Di mana Angelino telah menyerang bekas bosnya Pep Guardiola kerana tak berpuas hati dengan layanan pengurus tersebut ketika di Man City.
Sepanjang bersama dengan Man City sebelum ini, pemain asal Sepanyol itu hanya membuat enam penampilan Liga Perdana untuk Manchester City – dua daripadanya adalah ketika berdepan dengan Liverpool dan Manchester United.
Angelino menyertai RB Leipzig selepas gagal mendapat lebih banyak minit di City.
RB Leipzig have activated the £16.3m buy option for left-back Angelino and has joined the Germans on a permanent basis from Manchester City pic.twitter.com/Uswv3EfP18
— FootballJOE (@FootballJOE) February 13, 2021
Beliau sebelum itu pernah dijual ke PSV Eindhoven, tetapi dibeli semula menerusi klausa beli balik. Dan ketika dijual ke RB Leipzig, City turut memasukkan klausa beli balik.
Angelino mengakui gembira sejak hari pertama dipinjamkan ke RB Leipzig dan kemudian menjadi pemain tetap di kelab tersebut.
Angelino bercakap kepada BILD: “Pep membunuh saya dan juga keyakinan diri saya. Selepas perpindahan saya dari Eindhoven kembali ke Manchester City, dia telah membuat penilaian saya terhadap saya hanya dalam dua perlawanan dan tidak memberi saya peluang sebenar selepas itu.”
“Itulah sebabnya saya gembira dipinjamkan ke Leipzig sejak hari pertama.”
“Sekarang saya menjadi pemain tetap untuk kelab ini. Di sini ada seorang pengurus [Nagelsmann] memberi saya keyakinan, biarkan saya bermain. Yang tidak dilakukan pengurus yang lain.”
“Di Leipzig, saya merasakan keyakinan dari hari pertama. Kelab dan jurulatih memberi saya dorongan yang luar biasa. Saya gembira bermain secara konsisten.”
'He killed me. When you don’t have the trust of the coach, it’s everything. I was judged on two games in pre-season, and then I didn’t get my chance for months.'
Angeliño takes aim at Guardiola over treatment. By @jonathanliew https://t.co/ohtjvgcdlL
— Guardian sport (@guardian_sport) February 24, 2021
Angelino kini telah menjadi nama penting bagi kelab Jerman itu, dan kini terikat kedudukan sebagai penjaring gol kedua terbanyak untuk kelab di semua pertandingan musim ini.
Baca juga perkembangan lain
UCL: Kalah Di Tangan Real Madrid, Toloi Bidas Pengadil Bagi Kad Merah Salah
Analisis Werner: Moden Poacher Yang Bergelut Dengan Fizikal EPL